U-DIREKTORI
Apply Now
Universiti Putra Malaysia
UPM merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang, iaitu bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya. Sebagai sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani.

UPM telah diiktiraf oleh badan bebas penilaian kerajaan sebagai salah sebuah Universiti yang menerajui bidang penyelidikan dan akademik. Ia ditubuhkan pada tahun 1931 sebagai Sekolah Pertanian, dan kini telah berjaya menggabungkan kemudahan moden dan pendekatan penyelidikan yang dinamik dalam pengajian dan kajian serta didokong oleh perkhidmatan dan reputasi kejayaan yang cemerlang di persada antarabangsa.

VISI » Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

MISI » Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu

MATLAMAT UPM

» Matlamat 1

Mempertingkat kualiti dan daya saing graduan

» Matlamat 2

Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari

» Matlamat 3

Melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat

» Matlamat 4

Memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian

» Matlamat 5

Mempertingkat kualiti tadbir urus

DASAR KUALITI

» Staf Universiti Putra Malaysia beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk mencapai matlamat pelan strategik universiti.

Untuk maklumat lanjut, layari UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Berikut adalah jadual atau aktiviti sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk sepanjang bulan Mac 2018. Jika anda mahu hebahkan sebarang aktiviti kampus di portal kami, boleh...
UIAM merupakan salah sebuah universiti yang menjadi perhatian di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan UIAM ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara...
UIAM merupakan salah sebuah universiti yang menjadi perhatian di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan UIAM ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara...
Memfokuskan penyelidikan saintifik dan inovasi dalam bidang pembinaan dan digital teknologi, Universiti Reading Malaysia (UoRM) menjalinkan kerjasama sebuah institusi swasta dari...
BANGI- Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 buat kali kedua sejak menjuarai edisi sulung SUKIPT pada tahun 2012.UPM...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...