U-Know > TEMPAT LEPAK > RVRR ilham konsep jamu selera atas bumbung
RVRR ilham konsep jamu selera atas bumbung
ZALMIMAZURA ZAHARI 20 April 2018
Bagi yang pernah melalui jalan simpang empat Kampung Sungai, Bachok mungkin perasan ada satu bangunan berwarna merah terang yang mana tingkat bawah merupakan kedai butik pengantin dan klinik.

Tahu tak, di tingkat atas bangunan tersebut terdapat sebuah restoran yang lengkap dengan segala kemudahan termasuk dewan makan berhawa dingin yang boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa. Uniknya restoran itu terletak di atas bumbung!

Diilhamkan seorang anak muda bernama Ekram Rohakimi Abdul Halim, 25 tahun, restoran atas bumbung ini sudah mula beroperasi sejak 20 Februari 2016 lagi.

Ekram bersama Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan kakitangan bergambar kenangan di hadapan RVRR.

“Saya pilih nama River Village Rooftop Restaurant (RVRR) kerana inginkan kelainan dari segi konsep iaitu restoran atas bumbung dan RVRR satu-satunya restoran yang menggunakan konsep sebegini di daerah ini,” katanya yang memulakan jualan chicken chop bajet RM4 di warung berdekatan sebelum membuka RVRR untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

Ekram (kiri) bergambar kenangan bersama Pengerusi Mara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (tengah) selepas majlis perasmian RVRR baru-baru ini.

Menurut Ekram, dengan pelbagai menu yang disediakan, sasaran pelanggan meliputi semua peringkat umur dari golongan kanak-kanak hinggalah orang tua. Beroperasi dari jam 5 petang hingga 1 pagi setiap hari kecuali Selasa, RVRR turut menjadi pilihan warga kampus yang ingin mencari kelainan dan tempat santai untuk meluangkan masa.

Selain makanannya sedap, harganya juga berpatutan dengan bajet pelajar.

“Selain penduduk sekitar, penuntut-penuntut dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian (USM) dan kolej-kolej berdekatan daerah sini menjadikan RVRR sebagai port untuk mereka cari makan dan bersantai. Lagi pula di sini kami menawarkan wifi untuk kemudahan dan keselesaan para pelanggan. Jadi, sambil makan mereka boleh melayari Internet.

Antara menu di RVRR yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Biasanya menu yang menjadi pilihan mereka ialah shellout, makanan barat, set makanan laut dalam dulang dan pelbagai jenis makanan panas. Harga yang kami tawarkan juga sangat berpatutan dengan bajet pelajar iaitu makanan barat antara RM6 hingga RM 20, makanan laut mega (RM30-RM60), pakej masakan panas (RM30-RM50) untuk tiga hingga lima orang makan (nasi dan air percuma),” katanya yang juga berkebolehan untuk memasak sendiri makanan barat.

Graduan dari Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam (2010- 2013) ini, turut menanam harapan dan impian untuk memajukan lagi perniagaan milik keluarga dengan membuka lebih banyak cawangan RVRR serta dalam masa yang sama menaikkan nama Kampung Sungai di daerah Bachok ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...
MASYARAKAT Orang Asli sering dikaitkan dengan kelompok keluarga miskin dan tinggal di kawasan pedalaman pada masa lalu tanpa mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Walau...