U-Know > TEMPAT LEPAK > Uri Jeju, saji makanan jalanan terbaik Korea
Uri Jeju, saji makanan jalanan terbaik Korea
WARTAWAN KAMPUS UOLS 20 April 2018
Kegilaan masyarakat khususnya golongan muda dengan makanan Korea semakin menular di negara ini malah restoran berkonsepkan makanan itu boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak kurang hebatnya juga restoran Uri Jeju di Jalan Semarak 1, Kulim yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat sejak mula beroperasi pada Disember tahun lalu.

Pemiliknya, Mariati Qibtiyah Adnan, 26, berkata, restorannya itu menyediakan lapan makanan jalanan popular di Korea dengan dua hidangan sampingan yang membuka selera.

“Di sini kami jual tteokbokki (biskut beras pedas), kimbap, jjangmyeon, rabokki dan dua sajian sampingan kimchi serta jeruk lobak putih. Menu paling mendapat permintaan ialah kimbab dan tteokbokki yang disesuaikan dengan rasa orang Malaysia,” katanya.

Mariati (tengah) bersama pelanggan yang mencuba makanan Korea di restorannnya di Uri Jeju. Kulim.

Menurutnya, idea menghasilkan makanan berkonsep Korea ini bermula sejak dia belajar di Mesir kerana hobinya yang gemar menonton drama Korea.

“Saya mula buat makanan Korea iaitu kimbap sejak belajar lagi, hanya berpandukan video di Youtube namun disebabkan selepas tamat belajar tiada sebarang pekerjaan sementara menunggu tawaran, saya mula membuat kimbap di rumah dan dijual secara penghantaran terus kepada pelanggan.

Antara menu yang disediakan di Uri Jeju.

“Saya juga sentiasa cuba untuk tingkatkan lagi kualiti produk yang dijual, melalui komen pelanggan dan sering mengunjungi restoran Korea,” katanya.

Katanya, bahan-bahan ramuan untuk ke semua menu yang dijual di sini adalah adunan sendiri namun masih mengekalkan rasa asli Korea.

“Semua bahan ramuan saya adun sendiri, termasuk pes-pes untuk rabokki dan ayam goreng pedas namun dalam usaha untuk membuat sendiri pes Jjyangmyeon,” katanya.

Mariati berkata, harga setiap hidangan yang ditawarkan juga berpatutan. Malah kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar Kulim, antaranya dari UiTM, kolej mara, kolej kemahiran, kolej komuniti, kolej vokasional dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Selain makan di restoran, Mariati juga membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

“Harga makanan yang kami tawarkan sangat berbaloi dengan bajet pelajar. Selain harganya yang murah, kami juga mendapat feedback positif dari pelanggan yang berpuas hati dengan rasa dan kuantiti makanan yang disajikan.

“Pada saya istimewanya makanan Korea ini kerana hidangan ini boleh dikategorikan sebagai makanan sihat kerana banyak berasaskan sayuran dan fermented food (makanan yang ditapai/jeruk) seperti kimchi dan yang penting makanan Korea di Uri Jeju di jamin suci dan halal,” kata Mariati yang mengusahakan perniagaan ini bersama tunangnya, Syaharulnizam.

Selain restoran, media sosial juga digunakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan makanan Korea ini.

Kepada penggemar makanan Korea, boleh singgah ke Uri Jeju, Kulim yang dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam setiap hari dan turut membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...
MASYARAKAT Orang Asli sering dikaitkan dengan kelompok keluarga miskin dan tinggal di kawasan pedalaman pada masa lalu tanpa mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Walau...