U-Inovasi > Inovasi sisa kelapa muda boleh kurangkan pencemaran bau kawasan perumahan
Inovasi sisa kelapa muda boleh kurangkan pencemaran bau kawasan perumahan
WARTAWAN KAMPUS UOLS 20 April 2018
Penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berterusan dalam menyokong misi dan visi kerajaan Negeri Melaka dalam merealisasikan Melaka Bandar Teknologi Hijau menerusi produk inovasi bertaraf antarabangsa rekaan mereka yang dinamakan sebagai Young Coconut Green Desiccant.

Produk hasil rekaan tiga orang pensyarah muda Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) ini memfokuskan kepada penggunaan sisa buangan agro domestik bagi mengurangkan pencemaran udara iaitu masalah bau yang sering berlaku di kawasan perumahan.

Menurut ketua penyelidik projek, Norain Idris, idea inovasi bagi menyelesaikan masalah seharian serta menjana pendapatan melalui pengkomersilan produk tersebut tercetus setelah melihat kepada lambakan agro yang boleh didapati di mana-mana.

Para penyelidik bersama hasil sisa kelapa kering yang terhasil daripada inovasi tersebut.

Tambahnya, inovasi tersebut turut bakal menyelesaikan masalah lambakan sampah dan proses pengurusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah tidak terkawal dan bersistematik yang mana perkara tersebut telah mewujudkan keadaan kurang menyenangkan dan memberi banyak kesan negatif terutama pada jangka masa panjang.

“Selain dapat menyelesaikan masalah ruang di tapak pelupusan dan bau yang kurang enak, produk ini lebih ‘hijau’ sekali gus menyokong status Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau kerana ia tidak mengeluarkan gas berbahaya seperti sebatian organik meruap," jelasnya.

Projek Young Coconut Green Desiccant mula dilaksanakan pada 2014 dengan menggunakan dana penyelidikan Research Acculturation Grant Scheme (RAGS) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan hasil kerjasama dan gerak kerja bersama dua orang lagi pensyarah UTeM iaitu Intan Mastura Saadon serta Rosziana Hashim bersama tujuh orang pelajar FTK dari pelbagai latar belakang kejuruteraan.

Sedang mengekstrak kelapa menggunakan inovasi yang dihasilkan.

Menurut Timbalan Dekan FTK, Ir Dr. Mohd Farriz Basar, dalam menghasilkan produk ini, para pelajar yang terlibat akan digarap dari segi pengetahuan pengaturcaraan komputer dan reka bentuk yang mana pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir sebagai seorang ahli teknologi yang menitikberatkan kemahiran penyelesaian masalah dan aplikasi.

"Selain pemupukan nilai kerjasama, kemahiran komunikasi juga dapat digarap dan pembelajaran secara ‘hands-on’ juga dapat diterap di kalangan pelajar yang terlibat dengan projek reka cipta sebegini, sekali gus menyokong misi UTeM sebagai universiti teknikal pertama dalam melaksanakan Pendidikan TVET.

“Produk hasil dari inovasi yang digunakan boleh dikomersialkan dengan harga yang berpatutan dan murah kerana material yang digunakan adalah dari sisa buangan yang banyak terdapat di serata Melaka iaitu sisa kelapa muda di mana ianya diproses dengan kaedah tertentu dan dikeringkan sehingga dapat digunakan sebagai medium penyerap lembapan yang digunakan dalam alat penyahlembap bagi menggantikan medium yang lazimnya adalah bahan kimia dalam alat penyahlembap yang sedia ada di pasaran yang mengeluarkan gas berbahaya yang bersifat karsinogenik dan menyebabkan masalah pernafasan jika dihidu dalam kadar masa yang lama,” katanya lagi.

Ekstrak kelapa ini boleh mengurangkan masalah pencemaran udara seperti di kawasan perumahan.

Hasil penyelidikan ini pernah dipertandingkan dalam dua pertandingan inovasi iaitu UTeMeX 2015 dan MiniUTeMeX pada tahun 2016 dan telah merangkul pingat gangsa bagi kedua-dua pertandingan dan menurut ketua penyelidikan inovasi ini menjelaskan bahawa produk tersebut akan diperkemas lagi bagi tujuan pengkomersialan orang ramai.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...