U-In-News > ISU > Dr Amalina Bakri dedah 4 rahsia mudah nak POWER dalam Bahasa Inggeris!
Dr Amalina Bakri dedah 4 rahsia mudah nak POWER dalam Bahasa Inggeris!
WARTAWAN KAMPUS UOLS 23 April 2018

Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.

Mengambil langkah menyambung pelajaran ke luar negara pada usia yang muda, kehebatan Dr. Amalina dalam bertutur bahasa Inggeris dengan sangat fasih tidak boleh disangkal lagi. Malah kalau sebut sahaja namanya, ramai yang beranggapan beliau adalah seorang pelajar yang superb!

Jadi, tidak peliklah jika ramai follower yang sering mengajukan soalan berkenaan perkongsian tips kejayaannya hingga ke hari ini.

Sebagaimana baru-baru ini, beliau telah berkongsi tips di laman Twitter miliknya bagaimana untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Mendapat lebih kurang 5k retweet ini cukup membuktikan bahawa tips yang dikeluarkannya sangat diperlukan oleh semua orang pada hari ini.

Ikuti 4 tips mudah yang dilakukan oleh Dr. Amalina untuk fasih dalam bahasa Inggeris.



Menurut Dr. Amalina, ramai yang mengemukakan pertanyaan tentang bagaimana untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Malah, beliau turut menyarankan @thealphafoxtrot, seorang guru Bahasa Inggeris untuk menambah perkongsian lain yang berguna.

1. Ada keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai



“Practice makes perfect, tidak kira betapa bagus atau tidak tatabahasa anda, hanya yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“Jika ada yang kata, ‘alah berlagak nak cakap English’. Abaikan. Saya sendiri pun pernah lalui semua itu sejak sekolah ketika di Malaysia.”

“Terutama sekali bila ramai rakan saya ketika itu berbangsa Cina dan India dan kami akan bercakap dalam bahasa Inggeris, sudah tentu anda dapat merasakan ada orang yang tidak suka tentang itu.”

2. Teknik yang sangat bagus adalah berkomunikasi dengan rakan dari luar negara melalui media sosial



Katanya, sebelum ini hanya ada MSN messenger, Yahoo messenger dan MIRC. Beliau sering menggunakan semua platform tersebut untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berada di UK dan USA.

“Saya juga menulis surat kepada mereka! Saya menyertai beberapa pembelajaran berkumpulan secara atas talian. Saya mula melakukan semua ini ketika di usia 12 tahun. Anda semua sepatutnya bertuah kerana terdapat pelbagai bahan atas talian yang boleh digunakan kini.”

3. Tonton program TV dan filem Inggeris, dengar muzik dan praktikkan Bahasa Inggeris



4. Akhir sekali teruskan latihan. Dekatkan diri dengan orang yang fasih berbahasa Inggeris supaya mereka boleh membetulkan kesilapan yang anda lakukan. Tetapi jangan rasa jengkel, ok? Goodluck!



Belajar bahasa Inggeris bukanlah suatu yang susah dan merumitkan. Anda hanya perlu usaha berterusan dan ada keyakinan diri.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...