U-DIREKTORI
Apply Now
Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini. Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

Pada peringkat awal, Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains. Sejak itu, USM membangun dengan pesatnya dan kini USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar. Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.

Sejak penubuhannyanya, USM melaksanakan sistem pusat pengajian, yang agak berbeza dengan sistem falkulti yang lazimnya diamalkan. Yang uniknya sistem ini adalah bahawa pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama, pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain. USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini. Melalui pendekatan ini, USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh.

Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar). USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk) dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM.

Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan pengajian tinggi dalam bidang Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi, Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini.

Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, USM turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf. Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan. Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan.

Sebagai tambahan, USM turut menwarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan USAINS Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial USM.

Untuk maklumat lanjut dan direktori, sila layari Universiti Sains Malaysia

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hasil dedikasi dan kesungguhan beliau dalam bidang yang diceburi ternyata menjadi kelebihan kepada Profesor Dr. Rajah Rasiah dari Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai Profesor...
KEMAMAN - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kemaman berjaya merangkul banyak pencapaian dan anugerah dalam bidang kreativiti serta inovasi sepanjang tahun lalu sekali gus...
GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi universiti pertama mengadakan sistem liga badminton di koridor utara Malaysia.Ia turut mendapat penyertaan dari pihak bomba,...
Bermula sebagai hobi seawal usia lapan tahun, siapa sangka dalam usia semuda 21 tahun, seorang pelajar mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama dalam menggalas cabaran di...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Sriwijaya (UNSRI) Indonesia baru- baru ini bertempat di Bangunan...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...