U-Inovasi > UTHM dan Amiran Technology jalin kerjasama hasilkan produk agar ekzos lebih bersih
UTHM dan Amiran Technology jalin kerjasama hasilkan produk agar ekzos lebih bersih
WARTAWAN KAMPUS UOLS 10 April 2018
BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Amiran Technology Sdn. Bhd. telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 1 April lalu bagi meningkatkan peluang kerjasama dalam penyelidikan tenaga hijau khususnya dalam membangunkan produk terbaharu yang dihasilkan syarikat tersebut.

MoU berkenaan telah ditandatangani Naib Canselor, Profesor Ts Dr. Wahid Razzaly dan Presiden Amiran Technology Sdn. Bhd., Amir Ahmad, disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Ab Aziz Kaprawi yang juga Timbalan Menteri Mentor UTHM.

Syarikat Amiran Technology sebelum ini telah menghasilkan produk MyHydro iaitu satu produk yang berfungsi memecahkan air kepada gas hidrogen dan oksigen menggunakan proses elektrolisis terkawal. Gas-gas tersebut kemudiannya disalurkan ke dalam enjin kenderaan melalui rongga masukan udara dan apabila petrol disuntik dan dinyalakan, campuran gas tersebut turut terbakar. Pembakaran petrol akan dibantu dengan pembakaran gas hidrogen yang mempunyai kadar nyalaan yang lebih cepat. Hasil pembakaran bahan api yang keluar daripada ekzos adalah lebih bersih manakala suhu ekzos juga akan menjadi lebih rendah berbanding biasa.



Penghasilan gas tersebut bersifat in-situ dan on-demand, yang mana tiada tong simpanan gas hidrogen diperlukan. Ia juga dilengkapi dengan flame arrestor bagi menggandakan ciri-ciri keselamatan produk tersebut. Wayar-wayar dan sambungan yang digunakan adalah menepati piawai automotif. Kebarangkalian berlaku sebarang letupan adalah hampir sifar, walaupun kenderaan tersebut mengalami kemalangan.

Justeru itu, dengan termaterainya kerjasama strategik ini UTHM & Amiran Technology telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pengujian bagi meningkatkan mutu produk MyHydro yang telah dihasilkan itu. Kedua-dua pihak juga bersetuju melaksanakan pembangunan operasi dengan adanya Makmal Pembakaran Dalam yang dilengkapi dengan fasiliti dan peralatan pengujian.

MoU ini secara keseluruhannya akan menjadi penanda aras dalam hubungan universiti-industri yang mementingkan kualiti kerja berimpak tinggi dan memenuhi piawaian dalam skop penghasilan produk MyHydro dengan tenaga hijau.

STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Setelah pelantikan Menteri Pendidikan baharu, Dr Maszlee Malik ada menyatakan, dirinya sendiri turut terkesan dengan pelbagai kesukaran dan bebanan yang dihadapi oleh murid dan...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...