U-In-News > SEL KL > Terlanggar lori berhenti tengah jalan, dua pelajar Malaysia maut
Terlanggar lori berhenti tengah jalan, dua pelajar Malaysia maut
BERNAMA 30 April 2018
JAKARTA – INDONESIA - Dua pelajar Malaysia maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Menurut jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, kedua-dua mangsa adalah pelajar Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim PekanBaru Riau di Pulau Sumatera.

Mangsa yang maut ialah Mohamad Shaiful Bukhari Ammat , 25, dan Ameer Hakimi Azman, 20 tahun.

“Dalam kejadian 3.30 petang waktu tempatan itu, kedua-dua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah motosikal dilaporkan terlanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan di Pekanbaru,” katanya.

Ameer Hakimi berasal dari Pulau Pinang disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital pukul 3.35 petang, manakala Mohamad Shaiful berasal dari Sabah, meninggal dunia ketika dirawat di Rumah Sakit Aulia, pukul 5 petang.

Menurut pihak kedutaan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai berita itu.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...