U-In-News > ISU > Percayalah! 6 perkara ini pasti buat teringat-ingat bila nampak kelibat student
Percayalah! 6 perkara ini pasti buat teringat-ingat bila nampak kelibat student
NUR FADHILAH ISMADI 30 April 2018

Zaman kolej atau universiti boleh dikatakan zaman yang penuh dengan kenangan dan memberi seribu kerinduan kepada pelajar. Mula dari masuk kampus sehingga hari konvokesyen, pasti pelbagai memori yang dilakarkan.

Percaya atau tidak, setiap hari yang berlalu pada zaman belajar mesti dipenuhi dengan sesuatu yang baru walaupun dilihat remeh. Apa yang pasti, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam di ingatan.

Kampus Uols yakin yang perkara-perkara di bawah ini tentunya pernah atau bakal dilakukan oleh sesiapa yang bergelar pelajar. Percayalah!

1. Cari kenalan

Anda mesti akan kenal dengan pelbagai jenis ragam manusia yang datangnya dari serata pelosok negeri di Malaysia. Ada juga yang bertuah, bakal bertemu dengan pelajar dari negara luar. Pandai-pandailah mencari dan berkawan dengan pelajar lain bila masuk universiti.

Salah satu platform yang boleh digunakan untuk dapatkan ramai kenalan adalah menyertai kelab atau persatuan. Di samping dapat kawan, dapat juga dapat asah bakat dan softskill yang ada.

Tapi percayalah, berkenalan punyalah ramai tetapi kesudahannya pasti akan berkepit dengan kenalan yang tertentu sahaja. BFF lah katakan. Ke mana sahaja, orang dah kenal gengnya.



2. Buat kerja lapangan dalam kumpulan

Perkara yang paling diingat adalah ketika cari ahli untuk tugasan berkumpulan. Argh! Ini memang menyeksakan. Tambah-tambah lagi bila berdepan dengan situasi yang kau sorang je terkebil-kebil tiada arah tujuan. Takkan nak buat kerja individu pula, kan.

Dah ada kumpulan, mesti lah teruja, kan? Kalau setakat masam muka dan berselisih faham tu biasalah. Sebab... nanti perkara itulah yang bakal dirindu bila dah habis belajar. Kalau tak percaya, cuba buat reunion ahli kumpulan. Mesti syahdu.



3. Buat tugasan last minute

Pelajar dengan kerja last minute memang tak boleh dipisahkan. Paling best bila hasil kerja last minute itu lebih menakjubkan. Ha! Ha! (Ini memang sering berlaku.)

Kelam kabut cari bahan tugasan. Stay up sampai pagi. Tercari-cari makanan tengah malam sebab stres dengan tugasan. Semua itu bakal dirindukan.



4. Pensyarah umum kelas batal

Kadang-kadang sengaja kan buat muka upset bila pensyarah umum kelas batal, tetapi sebenarnya dalam hati tu teruja sangat. Ha! Ha! Lagi-lagi kalau kelas pagi atau lepas waktu makan tengah hari.

Eh, tapi nanti dulu. Perasaan itu akan serta-merta jadi down, hilang dah teruja bila kelas batal tapi ada tugasan.

5. Lepak mamak

Lepak bergosip, tengok bola dan macam-macam lagi tanpa ada had masa. Masa itulah akan all out lepas dah penat mengadap buku. Inilah masa yang kita boleh berbual panjang dengan kawan-kawan. Gelak tak ingat, tak pandang kiri kanan dah.

Lepak pula dekat mamak 24jam. Mamak pun dah kenal muka korang sebab selalu sangat lepak kat sana.



6. Jumpa cinta sehidup semati

Oh.. ini lagi lah terkenang-kenang, kan? Siapa sangka kawan gaduh, kawan yang malu-malu sebenarnya jodoh korang.

Ketahuilah waktu bekerja nanti, masing-masing akan sibuk dengan aktiviti yang sama setiap hari. Kita mungkin akan jumpa dengan orang yang sama dan lakukan aktiviti yang sama setiap hari. Jadi, di universiti memang tempat terbaik untuk kenal dan cari jodoh.

Kepada yang sedang belajar, nikmatilah saat-saat kehidupan di kampus yang amat menyeronokkan. Dan kepada yang telah pun memasuki alam pekerjaan (jadi pensyarah pulak tu) dan berkeluarga, percayalah yang anda pasti akan terkenang-kenang zaman di kampus. Jangan tak mengaku. Sebab... kalau tak, takkan ramai yang dah buat reunion. Rindu kenangan dulu lah tu. ;)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...