U-In-News > MLK N.9 > Penerbit Usim menang Anugerah Buku Negara 2018 
Penerbit Usim menang Anugerah Buku Negara 2018 
NILAI– Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini berjaya memenangi Anugerah Buku Negara Kategori Anugerah Industri Buku 2018 iaitu Kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Pengajian Islam) yang bertajuk Pentafsiran Asnaf Zakat di Malaysia Mengikut Masa dan Tempat hasil penulisan Hasanah Abd. Khafidz.

Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) tersebut diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 30 April lalu bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Hadiah berupa plak dan sijil telah diterima oleh penulis sendiri dan Ketua Penerbit Usim, Hariza Mohd Yusof. Majlis yang diadakan ini bertujuan menghargai serta mengiktiraf sumbangan warga kerja di sebalik tabir industri perbukuan.

Mewakili Usim, Hariza berkata kemenangan ini akan menjadi galakan dan dorongan buat penerbit dan penulis untuk terus menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk dijadikan bahan rujukan dan legasi warisan generasi akan datang.

“Buku yang memenangi anugerah di bawah Pengajian Islam ini membuktikan bahawa Penerbit Usim mampu menerbitkan bahan bacaan berkualiti dalam bidang yang berkaitan untuk keperluan ummah,” tambahnya lagi

Hariza (kiri) wakil dari Penerbit Usim bergambar bersama penulis buku Hasanah Abd. Khafidz (tengah).

Sedikit perkongsian, buku tersebut membincangkan kaedah penilaian semula dan penyesuaian pentafsiran asnaf lapan di Malaysia dengan merujuk kriteria yang telah ditetapkan oleh para fuqaha agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat di Malaysia.

Penerbit Usim merupakan penerbit universiti di bawah Universiti Awam (UA) yang menerbitkan buku ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre. Salah satu bidang yang khusus adalah dalam bidang integrasi ilmu Naqli dan Aqli.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...