U-In-News > ISU > Percaya tak? Universiti sediakan Bilik Menangis untuk pelajar yang alami tekanan...
Percaya tak? Universiti sediakan Bilik Menangis untuk pelajar yang alami tekanan...
Kehidupan sebagai seorang pelajar juga boleh dikatakan agak tertekan. Manakan tidaknya, dengan tugasan yang banyak, ditambah dengan kuiz dan peperiksaan, tidak kurang juga dengan masalah kewangan yang menghimpit. Itu belum ditambah lagi dengan masalah lain seperti teman sebilik, teman sekuliah yang sukar nak bagi kerjasama ketika buat tugasan berkumpulan, tertekan dengan pensyarah (opps!), masalah dengan bf/gf lagi. Memang agak rasa terbeban.

Tidak semua orang mampu meluahkan rasa tertekan itu mahupun menangis di bahu teman-teman secara terbuka. Menyedari hal ini, University of Utah telah mengambil inisiatif untuk menyediakan 'bilik menangis' untuk mereka yang tertekan. Bilik menangis itu dibina oleh seorang pelajar tahun akhir jurusan seni halus, Nemo Miller.

Ia dibina di perpustakaan kampus dalam saiz yang kecil. Cukup untuk memuatkan hanya seorang dalam satu masa. Di bahagian dalam bilik itu diletakkan kain lapisan gelap di sekelilingnya manakala patung mainan lembut turut diletakkan di lantai agar pelajar dapat memeluk dan memicitnya ketika mereka sedang menangis. Alat penetap masa diletakkan di bahagian dalam, dan dua lampu memberikan suasana cahaya yang suram.

Notis peraturan masuk ke 'bilik menangis' tergantung di hadapan pintu, manakala anak patung comel turut disediakan untuk anda memeluk dan memicitnya ketika menangis.. - Foto: Twitter: @aJackieLarsen

Tak kira sama ada ketika hadapi peperiksaan, ataupun melalui hari-hari yang sukar, pelajar boleh saja memasuki 'bilik menangis' ini dan menangis lah sepuas-puasnya, sekurang-kurangnya selama 10 minit. Selepas itu, bolehlah kembali ke kelas seperti biasa.

Cuma, untuk masuk bilik ini ada peraturannya yang jelas terpampang di pintu masuk.
  • Hanya seorang pelajar yang boleh masuk bilik ini pada satu masa.
  • Anda perlu mengetuk pintunya sebelum masuk.
  • Tidak boleh berada di dalamnya lebih daripada 10 minit.
  • Jangan lupa tutup lampu selepas meninggalkan bilik ini.


Peraturan untuk memasuki 'bilik menangis' di University of Utah.

Ramai orang mampu melahirkan idea yang kreatif, fasiliti di kampus yang mampu membantu menyelesaikan masalah orang lain. Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan... sejauh mana praktikalnya bilik itu jika dindingnya tidak kalis bunyi? Jadi, apakah maknanya menguncikan diri di dalam bilik suram itu seorang diri dan menangis walhal orang di luar sudah tentu mampu mendengar tangisan kita.

Apapun, 'bilik menangis' ini merupakan antara idea terbaik yang mampu meredakan tekanan pelajar di kampus.

Adakah anda juga menyarankan 'bilik menangis' ini dibina di tempat anda belajar mahupun di pejabat tempat anda bertugas?

STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...
MASYARAKAT Orang Asli sering dikaitkan dengan kelompok keluarga miskin dan tinggal di kawasan pedalaman pada masa lalu tanpa mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Walau...