U-In-News > SEL KL > UTeM rangkul Anugerah Buku Negara
UTeM rangkul Anugerah Buku Negara

KUALA LUMPUR - Salah seorang tenaga pengajar pakar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Madya Dr. Muhammad Zahir Hassan telah merangkul Anugerah Buku Negara bagi kategori Buku Umum Terbaik (Automotif) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah berlangsung di dua lokasi yang berbeza dengan dua sesi iaitu sesi pagi yang diadakan bertempat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific dan petang menyaksikan majlis diadakan bertempat di Pentas Utama, Pelantar Putra, Pusat Perdagangan Dunia Putra.

PM Dr. Muhammad Zahir bin Hassan menerima trofi kemenangan Kategori Buku Umum Terbaik (Automotif), Anugerah Buku Negara.

Menurut Dr. Zahir sewaktu ditemui selepas majlis penganugerahan menyatakan kesyukuran diatas kemenangan yang diterima beliau di samping berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu beliau melengkapkan dan menyiapkan buku tersebut.

Tambah beliau lagi, penganugerahan yang diterima diharap dapat menyumbang ke atas kemajuan UTeM di samping meletakkan nama UTeM di persada dunia sebaris universiti-universiti terunggul di dunia.

Hasil naskah beliau, Fugitive Modelling of Braking Noise merupakan buku hasil terbitan Penerbit UTeM dan Panel Penilai Profesional Anugerah Buku Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Prof.Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar bersetuju untuk memberi anugerah kepada Dr. Zahir lantas ianya menjadi lonjakan dan dorongan kepada beliau untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk dijadikan bahan rujukan dan legasi warisan generasi akan datang.

Dr. Zahir telah menerima sijil dan trofi pada majlis tersebut yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Hasan Hamzah diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Group Berhad Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...