U-In-News > SEL KL > Pensyarah UTHM raih Anugerah Buku Umum Terbaik
Pensyarah UTHM raih Anugerah Buku Umum Terbaik

KUALA LUMPUR - Hasil penulisan ilmiah dua pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mendapat pengiktirafan apabila dianugerah ‘Buku Umum Terbaik’ dalam kategori Kejuruteraan di Majlis Anugerah Buku Negara 2018 yang berlangsung pada 30 April lalu.

Pengiktirafan peringkat nasional itu diberi kepada Profesor Madya Dr. Erween Abd. Rahim dan Dr. Norfazillah Talib dengan buku mereka berjudul Minyak Pelincir Berasaskan Tumbuhan.

Profesor Madya Dr. Erween Abd. Rahim dan Dr. Norfazillah Talib dengan buku mereka berjudul Minyak Pelincir Berasaskan Tumbuhan.

Buku yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini merupakan bahan rujukan kajian serta pembelajaran dan pengajaran yang menjurus kepada perbincangan mengenai potensi penggunaan minyak tumbuhan sebagai pelincir dalam industri pembuatan.

Raih anugerah ‘Buku Umum Terbaik’.

Secara umum, buku ini menyentuh tentang kronologi evolusi minyak pelincir, sifat-sifat umum dan sumber minyak tumbuhan serta kepelbagaian aplikasi minyak tumbuhan sebagai pelincir industri. Kajian terhadap potensi penggunaan minyak berasaskan tumbuhan sedang giat dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemesinan Jitu (PREMACH), UTHM.

Majlis Anugerah yang berlangsung di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur baru-baru ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Panel Penilai Anugerah Buku Negara, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.

Meraih anugerah ‘Buku Umum Terbaik’ dalam kategori Kejuruteraan di Majlis Anugerah Buku Negara 2018.

Untuk rekod, Anugerah Buku Negara ini telah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara semenjak tahun 2005 hingga kini dan merupakan acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada penggerak industri buku atas komitmen dan usaha gigih mereka memajukan industri buku negara.

Selain itu, pengiktirafan ini juga memberi suntikan semangat kepada pemain industri sebagai galakan dan daya saing untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...