U-Inovasi > Penyelidik UTM hasilkan produk kosmetik mesra wuduk
Penyelidik UTM hasilkan produk kosmetik mesra wuduk
AZLINA OTHMAN 6 April 2018
SKUDAI - Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus berinovasi apabila berjaya hasilkan produk penjagaan kulit berasaskan teknologi nano hijau yang dikenali sebagai Micellar Water Series yang mula berada di pasaran sejak awal bulan ini.

Ketuanya, Prof Madya Dr Siti Hamidah Mohd Setapar berkata, ia terdiri daripada dua produk iaitu pencuci wajah dan penyegar kulit yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi seperti asid hyaluranic, bee venom, hidrosol mawar dan pelbagai minyak semula jadi tumbuhan.

Menurutnya, inisiatif yang dibangunkan bersama tujuh lagi penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) turut memberi kesan kepada keanjalan kulit selain dapat mencerahkan dan menyerikan wajah.

“Micellar Water Series menambahkan keberkesanan cucian wajah dan solekan sehingga lima kali ganda daripada cucian biasa. Manakala gabungan penggunaan pencuci dan penyegar akan memberi kesan lembapan kepada wajah sehingga 20 kali ganda,” katanya semasa memperkenalkan produk tersebut di Dewan Sultan Iskandar, UTM.

Siti Hamidah bersama teamnya menunjukkan rangkaian produk komestik Naturel Kiss yang dihasilkan.

Siti Hamidah yang juga pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga UTM memberitahu, pihaknya mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menjalankan kajian dan menyasarkan 5,000 unit kedua-dua produk itu akan dikomersialkan bagi tempoh dua bulan.

“Kita yakin produk ini akan mendapat permintaan tinggi memandangkan kebanyakan produk sama yang berada di pasaran adalah diimport dan menggunakan bahan-bahan sintetik dalam kandungannya selain ia turut mesra wuduk.

“Micellar Water Series adalah produk terbaru rangkaian kosmetik Naturel Kiss. Di bawah rangkaian kosmetik Naturel Kiss telah ada 10 produk lain yang telah berada di pasaran sejak dua tahun lalu termasuklah gincu, pemerah pipi, sabun dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan syarikat hiliran UTM Siti Hamidah Eksklusif (SHE) Empire Sdn Bhd memberitahu, pihaknya sedang membangunkan protaip produk micellar menggunakan tumbuh-tumbuhan tempatan seperti roselle, daun gelenggang dan minyak kayu putih.

Siti Hamidah menunjukkan produk pencuci wajah dan penyegar kulit yang dihasilkan.

“Beberapa agensi turut membantu mengkomersialkan produk kosmetik ini di luar pasaran termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei sekali gus dapat membantu supaya jenama ini mampu bersaing dengan jenama terkenal antarabangsa kerana kini semakin ramai pengguna menyedari tentang bahaya produk bertoksik,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Setelah pelantikan Menteri Pendidikan baharu, Dr Maszlee Malik ada menyatakan, dirinya sendiri turut terkesan dengan pelbagai kesukaran dan bebanan yang dihadapi oleh murid dan...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...