U-In-News > ISU > Antara PhD dan seni, ini sebabnya Fitri Haris ubah fikiran...
Antara PhD dan seni, ini sebabnya Fitri Haris ubah fikiran...
Penyanyi Fitri Haris dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) yang dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, pada Sabtu.

Fitri Haris atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 34, mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 89.27 peratus sekali gus menerima wang kemenangan sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam kemenangan itu, Fitri merakamkan rasa syukur dan berterima kasih kepada naib juara GGV2 , Adeep Nahar kerana banyak membantu sepanjang pertandingan ini.

Fitri diapit naib juara, Adeep (kiri) dan tempat ketiga, Awi.

“Sejujurnya saya tak menjangkakan kemenangan ini dan sentiasa berikan penghormatan kepada guru saya sepanjang tujuh minggu iaitu Adeep Nahar yang sudah saya anggap seperti abang sendiri. Alhamdulillah, dia banyak membantu dan mengajar teknik nyanyian.

“Saya juga menganggap kemenangan ini sebagai satu lembaran baharu yang mana sebelum ini saya tidak pernah terfikir langsung untuk kembali dalam industri semula,” katanya.

Namun, kini Fitri berubah fikiran dan akan fokus kepada dua bidang.

“Pertama sekali saya kena set keutamaan untuk menamatkan PhD (Musicology) pada hujung tahun ini di Universiti Nottingham, United Kingdom. Namun dalam masa sama seiring dengan perancangan lain iaitu bidang seni.



“Jadi, saya tak akan berhenti menyanyi, saya dan Awi Rafael akan bekerjasama untuk menghasilkan lagu terbaharu saya nanti. Selain itu juga, saya mahu mencuba bidang lakonan dan pengacaraan. Melalui pengacaraan saya dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai. Saya juga teringin mewujudkan portal pendidikan kerana mahu mengubah cara pemikiran kita,” ujarnya.

Persembahan hebat Fitri yang bakal menamatkan pengajian PhD bidang Musicology menerusi lagu Zinnirah.

Fitri tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Zinnirah nyanyian asal UNIC menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Awi Rafael, Adeep Nahar, Brothers, InTeam dan Heliza & Hazwani.

Sementara itu, Adeep Nahar bergelar naib juara dengan mendapat 89 peratus, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan trofi berpuas hati dengan keputusan itu.

“Saya memang sudah meramalkan Fitri Haris akan bergelar juara. Saya turut bersyukur kerana mendapat tempat kedua. Harapan dan perancangan saya selepas ini akan terus menyanyi solo, insya-ALLAH akan mengeluarkan single terbaharu selepas hari raya nanti. Saya juga tidak akan berhenti berkarya dengan menulis dan buat lagu sendiri,” katanya yang telah muncul dengan lagu berjudul, Izinkan.

Manakala, dengan 79.60 peratus milik Awi Rafael berjaya menempatkan diri di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Jelas Awi, dia memberitahu akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian selepas ini dan mempertaruhkan album baharu.

“Saya memang tak jangka akan memenangi di tempat ketiga. Sebabnya tujuan awal saya masuk ke GGV2 hanya untuk belajar namun alhamdulillah mendapat tempat. Kemenangan malam ini sudah tentunya menjadi titik tolak saya untuk menyanyikan dan menghasilkan lagu-lagu kerohanian tetapi dengan cara saya sendiri. Apa yang lebih penting inti lagu, mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar,” jelasnya.

Kumpulan nasyid 'otai' Al-Jawaher mengembalikan nostalgia kegemilangan lagu Kembara Di Tanah Gersang.

Pada malam itu juga menyaksikan In-Team menduduki tempat keempat, sementara Heliza & Hazwani dan Brothers pula masing-masing berpuas hati di tempat kelima dan keenam.

Pertandingan GGV2 di peringkat akhir ini diadili dua juri profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi selaku juri tetap, manakala Datuk M Nasir pula sebagai juri undangan. Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Oasis, Ustaz Fuad Mat Ali dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...
MASYARAKAT Orang Asli sering dikaitkan dengan kelompok keluarga miskin dan tinggal di kawasan pedalaman pada masa lalu tanpa mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Walau...