Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Warga FSKTM UM jayakan kempen derma darah
Warga FSKTM UM jayakan kempen derma darah
WARTAWAN KAMPUS UOLS 16 May 2018
Menyedari betapa pentingnya derma darah dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjadi sebahagian daripada penderma, Universiti Malaya (UM) menerusi Pejabat Dekan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM) baru-baru ini telah menganjurkan kempen derma darah yang dihadiri hampir 150 peserta terdiri warga UM dan orang awam.

Program yang mendapat kerjasama dari Pusat Darah Negara Kuala Lumpur ini merupakan anjuran pertama kali FSKTM yang mana bertujuan membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital seluruh negara.

Penganjur program bergambar kenangan bersama staf Pusat Darah Negara.

“Idea untuk menganjurkan kempen derma darah ini terhasil berikutan Pejabat Dekan FSKTM belum pernah mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Memandangkan kempen ini tidak melibatkan kos yang besar, namun dapat memberi impak yang berkesan, maka saya telah menghubungi pihak Pusat Sains Negara untuk mendapatkan kerjasama bagi merealisasikan aktiviti ini dengan jayanya.

Normuhaini Abdul Roni

“Sememangnya kempen derma darah ini satu kejayaan besar dan ia memberikan peluang untuk mendidik orang ramai serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya darah yang didermakan terutama dalam membantu menyelamatkan nyawa seseorang. Usaha ini akan dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan bekalan di tabung darah negara mencukupi,” kata Ketua Penolong Pendaftar FSKTM, Normuhaini Abdul Roni juga selaku penganjur program.

Tambahnya lagi, kempen ini juga merupakan sebahagian komitmen staf fakulti terhadap masyarakat selain dapat memberikan kesedaran kepada staf mengenai pentingnya menderma darah.

Mohammed Sani Adam, pelajar pascaijazah berasal dari Nigeria turut teruja untuk penderma darah.

Staf dan pelajar FSKTM yang menderma darah.

Menariknya, para peserta turut disajikan dengan ceramah kesihatan yang menerangkan mengenai kelebihan menderma darah seperti; mengurangkan risiko penyakit jantung, menambahkan sel darah, mengurangkan risiko penyakit kanser dan juga dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan hampir 300 pain darah setiap hari.

Dr. Jaiy Nandani Murukenthiran memberi ceramah kesihatan tentang kepentingan menderma darah.

Selain itu para penderma juga berpeluang berbincang mengenai tahap kesihatan mereka semasa pendaftaran dan saringan kesihatan dilakukan. Malah, kempen derma darah kali ini melakar kejayaan apabila memperoleh 80 penderma berbanding sasaran asal adalah 50 orang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...
MASYARAKAT Orang Asli sering dikaitkan dengan kelompok keluarga miskin dan tinggal di kawasan pedalaman pada masa lalu tanpa mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Walau...