Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Kolaborasi tiga universiti dalam Kembara Sukarelawan 2018
Kolaborasi tiga universiti dalam Kembara Sukarelawan 2018
WARTAWAN KAMPUS UOLS 16 May 2018
Seramai 30 sukarelawan dari Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) telah mengadakan program selama dua hari dua malam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa) atas dasar lawatan kunjungan kepada pihak Pertubuhan Sukarelawan Siswa UnisZa (PERSIS) baru-baru ini.

Selain UM dan UnisZa, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Kelab Penyayang turut bergabung untuk menjayakan program yang julung kali diadakan ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara rakan dari universiti yang lain, di samping berkongsi pandangan dan pendapat serta mempelajari cara pentadbiran sukarelawan di universiti awam yang lain.

“Penganjuran program ini adalah sebagai lawatan balas atas kunjungan pihak Persis pada tahun 2017 yang mana objektif Kembara Sukarelawan ini adalah untuk menjadi langkah permulaan bagi perkongsian isu sukarelawan dari universiti-universiti di seluruh Malaysia.

“Melalui program sebegini, para sukarelawan dapat bekerjasama untuk menjaga dan menghayati betapa pentingnya kebersihan alam sekitar terutama penjagaan pantai dan juga saling bertukar pandangan dalam pengurusan sukarelawan dari universiti lain.

Kembara Sukarelawan bergambar kenangan di hadapan Muzium Terengganu.

Sesi bertukar pendapat dan idea bersama rakan kolaborasi yang lain.

Sampah sarap yang dikutip oleh peserta Kembara Sukarelawan ketika membersihkan kawasan pantai.


“Sepanjang program dua hari, kami berkesempatan melakukan pembersihan di kawasan pantai dan pusat penjagaan penyu di Rantau Abang untuk menceriakan kawasan tersebut. Juga mengadakan lawatan ke Muzium Terengganu dan Pasar Payang bagi mengenali budaya negeri itu dengan lebih dekat. Selain itu kami juga mengadakan sesi persidangan bersama ahli Persis dan Kelab Penyayang UMT berkenaan aktiviti sukarelawan untuk berkongsi pandangan,” kata Nurul Huda Mohammad A’zlan, pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM, juga selaku Pengarah Kembara Sukarelawan 2018.

Nurul Huda Mohammad A’zlan


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...