U-In-News > MLK N.9 > Projek tahun akhir siswa UTeM dapat pengiktirafan industri bertaraf dunia
Projek tahun akhir siswa UTeM dapat pengiktirafan industri bertaraf dunia
WARTAWAN KAMPUS UOLS 16 May 2018
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukuhkan hubungan erat bersama pihak industri multinasional antaranya adalah Infineon Technologiest Malaysia Sdn. Bhd. (Infineon Melaka) menerusi penganjuran Infineon Week@UTeM 2018 yang merupakan agenda tahunan kali keenam bagi syarikat gergasi tersebut dan UTeM.

Program berlangsung selama tiga hari menerusi aktiviti anjuran Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UTeM di bawah program i-CoE UTeM-Infineon yang telah dimeterai melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) pada 2011 dan seterusnya penyambungan MoU pada Mei 2016 yang menjadikan Infineon sebagai rakan industri strategik UTeM.

Pelbagai pengisian aktiviti telah dijalankan selama tiga hari tersebut seperti sesi ceramah kerjaya, temu duga dan temu bual bersama alumni seramai 180 pelajar dan pensyarah UTeM, lawatan ke kilang Infineon Melaka melibatkan 40 orang pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dan Ceramah Forum Teknikal yang melibatkan 120 orang pelajar dan pensyarah UTeM.

Dr Lee Cheong Chee (kiri) sedang mendengar penerangan dan persembahan projek tahun akhir mahasiswa.

Turut tidak ketinggalan adalah Pertandingan Poster dan Produk Projek Sarjana Muda (PSM) yang berlangsung di Lobi Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh dengan penglibatan peserta seramai 40 orang mahasiswa dan pensyarah.

Majlis penutup Infineon Week@UTeM 2018 telah disempurnakan Presiden dan Pengarah Urusan Infineon Technologiest Malaysia Sdn. Bhd., Dr Lee Cheong Chee dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib.

Dr. Shahrin dalam ucapannya menyatakan bahawa kerjasama antara universiti dan industri adalah penting untuk pembangunan kemahiran, pemerolehan dan penggunaan pengetahuan melalui perkongsian serta guna sama inovasi dan teknologi.

"Kerjasama universiti dan industri juga mampu membantu dalam meningkatkan penyelidikan dan inovasi bertaraf dunia yang dijalankan lantas mempunyai nilai komersil yang tinggi," katanya.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Projek Tahun Akhir kategori poster yang mana tempat pertama telah dimenangi pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Muhammad Najib Bahari menerusi projek bertajuk Digital Image Correlation (DIC) Technique as Novel Technique in Strain Measurement and Non Destructive Evaluation on Material Testing dengan hadiah berjumlah RM1,000.

Sementara bagi Pertandingan Projek Tahun Akhir kategori Prototaip pula dimenangi Choon Zhi Gang dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer dengan prototaip bertajuk Development of Monitoring System Using IOT yang juga membawa pulang hadiah berjumlah RM1,000.

Dr Lee memberi ucaptama dan merasmikan Infineon Week@UTeM 2018.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...