Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > UM menangi pingat emas untuk Malaysia di Iran
UM menangi pingat emas untuk Malaysia di Iran


Dua mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) telah memenangi pingat emas dalam kategori Science, Technology & Innovation dalam pertandingan 1st International Nanotechnology Olympiad (INO) 2018. Pertandingan ini berlangsung di Pardis Technology Park, Tehran, Republik Islam Iran, baru-baru ini.

INO 2018 merupakan satu pertandingan di mana mahasiswa mencadangkan konsep penyelidikan kepada penyelesaian masalah yang menggunakan aplikasi nanoteknologi untuk menyelesaikan cabaran global.

Ahli-ahli pasukan UM terdiri daripada Joshua Soo Zheyan, penuntut Sarjana Masters of Philosophy dalam bidang Kimia (Pemangkinan) dari Nanotechnology & Catalysis Research Centr’ (NANOCAT) dan Muhammad Sollehin Idris, penuntut Sarjana Muda dalam bidang Sains Kimia Gunaan dari Fakulti Sains. Pencalonan Joshua Soo diselia oleh Profesor Madya Dr. Ong Boon Hoong dari NANOCAT dan Profesor Madya Ir. Dr. Ang Bee Chin dari Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan.

Joshua Soo Zheyan

Muhammad Sollehin Idris

INO 2018 dianjurkan oleh Pertubuhan Asia Nano Forum (ANF) dan dijalankan oleh negara Iran selaku Sekretariat Tetap INO melalui Iran Nanotechnology Initiative Council. Tema pertandingan ini adalah kaedah nanoteknologi untuk rawatan air dan air kumbahan. Pasukan dari UM ini telah mencadangkan kaedah yang bertajuk Nano-Palm Frond Titania Fiber (Nano-PFTF) for Industrial Waste Water Treatment. Konsep waste-to-wealth ini menggunakan sisa pelepah sawit untuk menghasilkan bahan cellulose acetate yang akan digabungkan bersama bahan nano titanium dioksida untuk menghasilkan membran nano-gentian.

Pasukan dari UM waktu sesi pembentangan kedua.

Koordinasi aktiviti pasukan Malaysia dilaksanakan oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain Joshua Soo dan Muhammad Sollehin, pasukan lain terdiri daripada pelajar ijazah lanjutan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pasukan ini diketuai oleh Ismarul Nizam Ismail dari NNC selaku pengurus pasukan dan turut disertai oleh Dr. Abdul Mutalib Mohd. Jani dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Profesor Madya Dr. Khamirul Amin Matori dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku pegawai hakim teknikal untuk INO 2018.

Ahli-ahli pasukan Malaysia ini dipilih pada peringkat saringan kebangsaan pertandingan Olympiad Nano Kebangsaan (ONM) yang telah berlangsung pada Oktober 2017 di Technology Park Malaysia. Sebelum pertandingan INO 2018 ini, pasukan dari Malaysia telah menghasilkan prototaip Nano-PFTF dan pencirian bahan di makmal penyelidikan UM, UKM, UPM dan Monash University serta makmal swasta seperti Hi-Tech Instruments, CREST Nanosolutions dan Progene Link. Pasukan Malaysia juga bekerjasama dengan NanoMalaysia Berhad mengenai aktiviti komersil prototaip Nano-PFTF.

Pasukan dari UM menerima anugerah Pingat Emas dalam kategori Science, Technology & Innovation.

Delegasi Malaysia dalam upacara penerimaan bendera oleh Ketua Setiausaha MOSTI.


Sebanyak 9 pasukan dari 6 negara yang menyertai INO 2018: Kesatuan Eropah (3 pasukan), Rusia (1 pasukan), Korea Selatan (1 pasukan), Taiwan (1 pasukan), Iran (2 pasukan) dan Malaysia (1 pasukan). Pertandingan ini terdiri daripada dua sesi pembentangan yang melibatkan aspek sains dan teknikal serta perniagaan.

Sepanjang program 6 hari INO 2018, pelbagai bengkel dan lawatan telah dianjurkan untuk semua peserta. Bengkel yang dianjurkan termasuk sesi ceramah daripada ahli akademik dan CEO industri mengenai peraturan keselamatan nanobahan, penghasilan pelan perniagaan, cara pembentangan serta pelesenan harta intelek.

Program tersebut turut termasuk pertandingan pasukan campuran di mana pasukan dari pelbagai negara diberi tugasan untuk mencadangkan kaedah penyelesaian masalah pencemaran udara menggunakan nanoteknologi. Peserta-peserta juga dibawa melawat sekitar kawasan Pardis Technology Park serta bandar Tehran.

Mengambil gambar bersama semua peserta INO 2018 di Istana Golestan, Tehran.

Selain Malaysia, Korea Selatan dan Iran (Pasukan 1) masing-masing menang dalam kategori Novelty dan Business & Impact. Manakala pasukan Taiwan muncul sebagai juara keseluruhan INO 2018.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...
MASYARAKAT Orang Asli sering dikaitkan dengan kelompok keluarga miskin dan tinggal di kawasan pedalaman pada masa lalu tanpa mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Walau...