U-In-News > MLK N.9 > UTeM rangkul 22 pingat menerusi produk inovasi bertaraf dunia di ITEX 2018
UTeM rangkul 22 pingat menerusi produk inovasi bertaraf dunia di ITEX 2018
WARTAWAN KAMPUS UOLS 17 May 2018
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi produk-produk inovasinya telah berjaya menggondol 22 pingat dalam International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2018) kali ke-29 yang diadakan di KLCC Convention Centre (Kuala Lumpur Convention Centre) baru-baru ini.

ITEX 2018 yang merupakan pameran sejumlah besar hasil ciptaan inovasi dan kreatif dari semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) ternyata menyerlahkan 22 produk dari UTeM yang diiktiraf kesemuanya menerusi kemenangan pingat emas, perak dan gangsa.

Kemenangan penyelidikan dan rekaan penyelidikan UTeM hasil para pensyarah dan juga pelajar UTeM ini sekali gus melonjakkan jenama UTeM selaku universiti awam yang sememangnya menyerlah dalam arena penyelidikan dan inovasi berprestij dan diperakui di peringkat dunia.

TNC bersama salah seorang pemenang pingat emas ITEX 2018.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor sewaktu ditemui di reruai UTeM menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga di atas kemenangan besar diterima UTeM.

Tambahnya, UTeM berjaya membawa pulang sebanyak 4 pingat emas, 14 pingat perak dan 4 pingat gangsa bagi kesemua produk penyelidikan dan tidak ketinggalan mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penyelidik UTeM di atas pencapaian tersebut.

Sementara itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengkomersialan UTeM (UCC) yang bertungkus-lumus dalam pengurusan ITEX 2018 terutamanya dalam penyediaan logistik untuk kumpulan penyelidik dan persiapan reruai untuk pameran produk tersebut.

TNC mendengar penerangan produk penyelidikan dari penyelidik UTeM.

ITEX 2018 kali ini telah menerajui tema pengkormesilaan dan pemasaran yang mana penekanan telah diberikan menjurus kepada pemasaran jangka masa panjang dan bantuan kepada para penyelidik dan para pencipta untuk mengkomersialkan produk penyelidikan mereka.

Terdapat 23 kategori pameran diadakan pada ITEX 2018, antaranya bidang kimia, bidang bioteknologi, kesihatan dan kecergasan, bidang pengangkutan dan automotif, bidang teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia, bidang mesin dan peralatan serta pelbagai lagi bidang utama dengan penyertaan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran seperti pelabur, ahli sains dan teknologi.

TNC (dua dari kiri) bersama Pengarah UCC (tiga dari kiri) dan penyelidik UTeM.

STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Setelah pelantikan Menteri Pendidikan baharu, Dr Maszlee Malik ada menyatakan, dirinya sendiri turut terkesan dengan pelbagai kesukaran dan bebanan yang dihadapi oleh murid dan...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...