U-In-News > SEL KL > Siswa dan staf INTI turun padang bantu insan memerlukan
Siswa dan staf INTI turun padang bantu insan memerlukan
WARTAWAN KAMPUS UOLS 13 June 2018
Dalam usaha untuk memupuk semangat perayaan di Malaysia serta menggalakkan nilai-nilai murni untuk bersedekah dan mengambil berat sesama insan pada bulan Ramadan ini, para pelajar serta kakitangan dari seluruh kampus Inti International University & Colleges (Inti) telah bersama-sama mengambil bahagian menganjurkan kerja amal bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Di Kolej Antarabangsa Inti Subang (IICS), seramai 16 pelajar telah menganjurkan sambutan Ramadan bertajuk Feed Your Soul untuk kakitangan dan pelajar dengan memasak bubur lambuk. Sebanyak 950 bungkus bubur lambuk dapat dihasilkan yang mana 650 bungkus daripadanya diagihkan kepada penduduk PPR Lembah Subang 2.

“Saya amat berbangga dengan kerja-kerja yang telah dianjurkan para pelajar dalam penyediaan makanan ini, bukan sahaja untuk penduduk PPR Lembah Subang 2, tetapi juga untuk rakan-rakan sekolej serta kakitangan Inti. Saya menganggap projek ini sebagai salah satu cara yang berkesan untuk memupuk kemesraan dan pemahaman terhadap budaya serta membangunkan semangat bekerjasama secara inklusif dalam kalangan pelajar,” kata Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Inti Subang, Dr Jane Lim.

Pelajar IICKL menganjurkan majlis iftar bersama kanak-kanak kurang bernasib baik dari Perumahan Awam Desa Rajang.

Dalam memupuk ‘semangat untuk memberi’ yang sama, majlis perwakilan pelajar, Intima dari Kolej Antarabangsa Inti Kuala Lumpur (IICKL) pula telah menganjurkan majlis iftar bersama lebih 25 orang kanak-kanak kurang bernasib baik berusia antara 13 hingga 17 tahun dari Perumahan Awam Desa Rajang.

"Selain bersuka-ria serta berkongsi makanan bersama golongan kanak-kanak ini, ia juga memberi kesedaran kepada kita bahawa betapa bertuahnya kita berbanding mereka dan kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Ia juga adalah cara terbaik untuk rakan-rakan antarabangsa kami memahami serta mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat kemasyarakatan seperti ini," kata Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Intima IICKL, Gideon Yee.

Sebahagian pelajar IICS sedang menyediakan bubur lambuk.

Bagi para pelajar pra-universiti dari Kolej Inti Nilai (ICN) pula, seramai 40 pelajar sukarelawan Inti telah bersama Tesco Stores Malaysia untuk membantu 155 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) sebagai sebahagian daripada program penajaan Tesco yang mana setiap pelajar ini telah menerima sumbangan sebanyak RM150 daripada peruncit multinasional ini.

“Hampir kesemua kanak-kanak ini diklasifikasikan sebagai golongan miskin bandar, dan ramai juga antara mereka yang telah mengalami kehidupan di jalanan sejak usia yang amat muda lagi. Peluang untuk bekerjasama dengan Tesco ini telah membolehkan pelajar kita bukan sahaja meluangkan masa menabur kembali kepada komuniti, tetapi juga membuka mata mereka kepada realiti kehidupan sebenar di sekeliling kita,” kata Ketua Eksekutif ICN, Shamala Krishnan.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Setelah pelantikan Menteri Pendidikan baharu, Dr Maszlee Malik ada menyatakan, dirinya sendiri turut terkesan dengan pelbagai kesukaran dan bebanan yang dihadapi oleh murid dan...