U-In-News > TERENGGANU > Terengganu bakal peruntukkan RM5 juta setahun untuk tabung biasiswa demi bantu pelajar cemerlang
Terengganu bakal peruntukkan RM5 juta setahun untuk tabung biasiswa demi bantu pelajar cemerlang
NURUL HUDA HUSAIN 12 July 2018

Kerajaan negeri komited dalam usaha untuk mewujudkan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang bagi membantu anak Terengganu yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi tujuan itu sebanyak RM5 juta setahun akan diperuntukan.

“Kerajaan negeri mengulangi komitmen untuk mewujudkan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang untuk anak Terengganu.

“Ini kerana kita sentiasa memandang tinggi usaha pembangunan modal insan yang merupakan pemangkin kepada kesejahteraan negara,” katanya.

Ahmad Samsuri (tiga, kiri) menyaksikan Raiha Azni (empat, kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) diInstitut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) Batu Rakit, di sini.

Hadir sama Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia, Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Samsuri turut menggesa syarikat-syarikat korporat terus memainkan peranan dengan membantu memberi sumbangan dalam bidang pendidikan.

“Syarikat-syarikat lain perlu mencontohi apa yang telah dilaksanakan Petronas dalam membantu bidang pendidikan di Terengganu.

“Antaranya Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP), Program Vista, Program Sekolah Amanah, PESP dan sebagainya,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...