U-In-News > ISU > Syukur! Akhirnya... Roisah, pelajar cemerlang tanpa kerakyatan yang tular ini dapat tajaan biasiswa penuh UniRazak
Syukur! Akhirnya... Roisah, pelajar cemerlang tanpa kerakyatan yang tular ini dapat tajaan biasiswa penuh UniRazak
WARTAWAN KAMPUS UOLS 12 July 2018

KUALA LUMPUR - Roisah Abdullah, 21, akhirnya berjaya menempatkan diri dan meneruskan pengajiannya dengan tajaan biasiswa penuh di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) dalam jurusan Perakaunan. Majlis penyampaian biasiswa khas telah diadakan hari ini bertempat di Razakian Hall, di sini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Rina Mohd Harun yang turut hadir sebagai tetamu kehormat telah menyerahkan sijil Anugerah Biasiswa Penuh UniRazak -YTP kepada Roisah.

YB Rina menyerahkan sijil Anugerah Biasiswa Penuh UniRazak kepada Roisah.

Jika sebelum ini, Roisah tular dengan isu tiada kerakyatan, namun bekas pelajar SMK Sungai Kapar Indah, Klang ini merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan mendapat keputusan 8A di dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan 7A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala memperoleh 3A 1B dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun cemerlang, namun dia gagal menempatkan diri dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi akibat kegagalannya menyediakan dokumen dan pengenalan diri.

ROISAH

Roisah dilahirkan di Klang oleh ibunya, seorang warga asing tetapi dibesarkan oleh ibu angkatnya warganegara Malaysia yang telah lama meninggal dunia. Lalu selepas itu, Roisah dibesarkan pula oleh saudara ibu angkatnya dan dianggap seperti keluarga sendiri. Sebelum ibu angkatnya meninggal dunia, telah beberapa kali cubaan untuk mendapatkan dokumen diri Roisah, namun percubaannya masih gagal untuk mendapatkan Kad Pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sungguh pun melalui kehidupan tanpa dokumen dan pengenalan diri sebagai warganegara, namun Roisah tetap tidak menjadikan itu sebagai halangan untuknya berusaha menjadi seorang yang lebih baik dan cemerlang.

Terkini, ada pihak yang sedang membantu Roisah untuk mendapatkan Kad Pengenalan untuk dirinya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...