> AKTIVITI PENSYARAH > 110 spesies kelawar dikenal pasti, tapi jenis ‘Marshall’s horseshoe bat’ paling unik
110 spesies kelawar dikenal pasti, tapi jenis ‘Marshall’s horseshoe bat’ paling unik
Wartawan Kampus Uols Rabu | 7 Februari 2018

Kelawar merupakan satu-satunya keluarga mamalia yang mampu terbang seperti burung, kerana kaki hadapannya yang dilengkapi kulit tambahan yang berfungsi sebagai sayap. Biar pun struktur tubuh seperti ini juga didapati dalam beberapa spesies tupai, namun haiwan tersebut hanya boleh meluncur, berbanding kelawar yang boleh mengepakkan sayap dan terbang di udara.

Terdapat lebih 1000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara dasarnya, keluarga ini dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan saiz tubuh kelawar, iaitu megachiroptera (kelawar bersaiz besar, atau keluang) dan microchiroptera (kelawar biasa). Kebanyakan keluang memakan buah-buahan, manakala kelawar memakan serangga kecil. Menariknya, terdapat tiga spesies kelawar di benua Amerika yang menjadikan darah haiwan lain sebagai sumber makanan.

Kebanyakan spesies kelawar tinggal di kawasan tropika, namun turut dijumpai di kebanyakan kawasan lain di dunia, kecuali di kawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di kawasan pergunungan yang tinggi.

5
Prof. Madya Dr. Rosli Ramli

Untuk negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia, hampir 50 peratus spesies mamalia adalah terdiri daripada keluarga kelawar. Jumlah sebesar ini menjadikannya salah sebuah agen terpenting dalam pengekalan biodiversiti yang sihat dan seimbang. Atas kesedaran itu, sekumpulan penyelidik dari Institut Sains Biologi, Universiti Malaya (UM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosli Ramli telah bekerjasama dengan rakan penyelidik dari Universiti Pertanian China, Beijing, untuk merekodkan keseluruhan spesies kelawar yang ada di Semenanjung Malaysia.

“Usaha ini merupakan yang pertama seumpamanya, dan bakal memberikan impak yang besar, terutamanya dari aspek pemuliharaan dan kelestarian biodiversiti negara untuk jangka masa panjang,” kata Lim Voon Ching, penyelidik UM yang telah menjelajah ke pelbagai kawasan di seluruh pelosok Semenanjung Malaysia bagi menjejak kesemua spesies kelawar yang ada.

6
penyelidik dari Universiti Pertanian China Beijing, Lim Voon Ching

Menurut Voon Ching, senarai spesies kelawar yang disediakan sebelum ini hanyalah terhad kepada kawasan tertentu seperti Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau, Pahang, dan Hutan Simpan Ulu Gombak, Selangor; atau menjangkaui kawasan yang lebih luas, seperti Indochina.

“,” katanya.

Selain dari penelitian rekod sejak kurun ke-19 hingga kini, para penyelidik juga menghabiskan masa mendapatkan sampel dan contoh spesies kelawar di pelbagai lokasi. Hasilnya, kumpulan penyelidik ini telah berjaya menyenaraikan sekurang-kurangnya 110 spesies kelawar yang boleh didapati di Semenanjung Malaysia.

2
kelawar kepak panjang (Taphazous longimanus) telah direkodkan untuk kali pertma di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau, Pahang menerusi penyelidikan ini

3
kelawar ladam muka kuning (Rhinolophus trifoliatus) direkodkan berada di kawasan hutan paya bakau di Semenanjung Malaysia

Terdapat tujuh spesies yang dijumpai hanya sekali dalam keseluruhan rekod, termasuklah kelawar kupu-kupu (Kerivoula picta) dan ‘Marshall’s horseshoe bat’ (Rhinolophus marshalli), yang kemungkinan besar menunjukkan kepupusan spesies tersebut, atau keperluan kepada usaha pemuliharaan yang segera. Terdapat juga 18 spesies kelawar yang rekodnya hanya dijumpai sebelum tahun 2000, menandakan pengurangan jumlah populasi yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

4
Lim sedang melakukan ujikaji DNA ke atas sampel dari spesies kelawar yang dikehendaki

Penyelidikan ini juga membuktikan sesetengah spesies kelawar hanya mendiami beberapa kawasan yang khusus sahaja, seperti gua, bukit batu kapur, pulau, gunung, dan hutan simpan. Proses urbanisasi, pertanian moden, dan pembangunan yang drastik dilaporkan sebagai faktor utama pengurangan habitat yang sesuai untuk keluarga kelawar ini. Kelawar lekagul (Hipposideros lekaguli) contohnya, direkodkan untuk kali terakhir di Gunung Keriang, Kedah pada 1982, sebelum gua tempat spesies kelawar ini bersarang musnah disebabkan aktiviti perlombongan batu kapur bagi industri pembinaan dan hartanah.

1
Gunung Keriang, lokasi terakhir yang direkodkan untuk kelawar lekagul di Semenanjung Malaysia pada 1982- gambar hiasan

“Selain penyenaraian rekod spesies, kumpulan kami juga menyumbang kepada usaha penyelidik sedunia dalam melengkapkan maklumat untuk sistem ‘Barcode of Life Datasystems’ (BOLD). Sistem ini merupakan pangkalan data untuk kod bar DNA kesemua hidupan yang ada di dunia. Menerusi penyelidikan yang kami jalankan, lebih 60 spesies kelawar belum lagi dimasukkan kod barnya ke dalam sistem BOLD. Ini menunjukkan keluasan kepelbagaian biodiversiti yang ada di negara kita,” kata Dr. Rosli.

Secara keseluruhannya penyelidikan ini membuktikan kepentingan usaha yang berterusan dalam menentukan kewujudan atau kepupusan spesies kelawar yang lain di Semenanjung Malaysia, selain pengenalpastian kawasan tertentu untuk kerja-kerja pemuliharaan yang mungkin diperlukan untuk spesies kelawar di kawasan tersebut.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Sebahagian tetamu kehormat yang menghadiri LIBK Siri 5/2018 di Padang Kawad UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.Seramai 72 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka...
Bekas guru agama di negeri berjaya menerima Anugerah Tulips dari International University of Georgia, Belanda sempena Majlis Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan...
Berita tentang susu formula palsu yang dijual di Johor baru-baru ini, memang menggemparkan sekali gus menarik perhatian negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...
Sebut saja nama Pak Nil, budak kecik baru pandai bercakap pun kenal. Mana tidaknya, selain keterampilannya yang unik, tiada siapa menafikan kehebatan komunikasinya terutama sebagai...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
Pemalsuan produk adalah suatu replika produk asal yang tidak sah. Oleh itu usaha untuk mengurangkan produk palsu diperlukan.