U-In-News > ISU > 10 fakta patut tahu tentang baik dan buruk pelajar kahwin muda
10 fakta patut tahu tentang baik dan buruk pelajar kahwin muda
WARTAWAN KAMPUS UOLS 18 April 2018

Kahwin muda...benarlah kata orang, indah khabar dari rupa. Tidak dinafikan, kini seakan kembali menjadi trend pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi telah mendirikan rumah tangga. Saat ditanya, kata mereka, biar hubungan menjadi halal dan mudah untuk ke mana-mana atau pulang lewat kerana di mana-mana pun bersama pasangan yang sah. Lebih selamat!

Tidak kurang juga yang menyatakan, “Lebih baik kahwin, elakkan maksiat.” Adakah sekadar alasan ini yang membuatkan pasangan pelajar ini ingin bernikah?

Segelintir ibu bapa ada yang menyokong tindakan anak-anak mereka, namun tidak kurang juga yang menghalang. Kata mereka, bagaimana untuk melaksanakan tanggung jawab serta nafkah sedangkan kedua-duanya masih menuntut. Bagaimana pula sekiranya si isteri ditakdirkan berbadan dua? Bagaimana untuk mengharungi kehidupan lelah sebagai pelajar dan pada masa sama memikul tanggung jawab sebagai ibu?

Sama ada masyarakat menyokong atau menentang isu ini, apa yang perlu difahami dan diperhalusi adalah setiap individu mempunyai situasi dan masalah yang berbeza-beza. Jadi, keputusan hidup yang mereka lakukan juga dipengaruhi daripada situasi tersebut.

Persoalannya, adakah si suami sudah bersedia memikul tanggung jawab sebagai pelajar dan pada masa yang sama bergelar suami dan juga seorang bapa setelah anaknya dilahirkan kelak?

Di sini, Kampus Uols singkapkan sedikit pro dan kontra berkahwin muda, ketika masih dalam pengajian.


KELEMAHAN KAHWIN USIA MUDA, MASIH DALAM PENGAJIAN

1 - Bosan dengan Pasangan / Kehidupan Rumah Tangga

Awal perkahwinan memang semuanya nampak indah, semuanya terasa manis. Tapi, perkahwinan ada beberapa fasa yang semua pasangan perlu tempuh. Cuma perlu cekalkan hati, tingkatkan iman dan bersedia dengan segala ilmu perkahwinan. Andainya tiada ilmu di dada, takut-takut perkahwinan yang dibina tidak akan sampai ke akhir hayat.

2 - Tanpa Restu Ibu Bapa

Perkahwinan tanpa restu ibu bapa ibarat menyorong diri ke kancah neraka kehidupan. Mengapa? Percayalah... perkahwinan takkan bahagia tanpa restu orang tua. Jadi, dapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu. Andainya ditolak, cubalah berlembut dan yakinkan mereka serta tunjukkan usaha yang sepatutnya.

3 - Teringat Kehidupan Waktu ‘Single’

Apabila lihat kehidupan kawan-kawan sekuliah yang bergembira menikmati kehidupan mereka tanpa batasan, mulalah tak tentu arah. Kawan-kawan seronok outing dengan member, seronok bercuti selfie sana-sini, keluar makan sedap-sedap dengan member, mulalah hati membara sebab tak dapat nak buat semua tu. Nak keluar tak boleh, teringat sekejap lagi suami pulang, anak pula menangis tiada siapa nak jaga. Waktu tu, mulalah memberontak.

Lepas tu, hati dan mata pun kena jaga juga. Ingatlah... awak dah kahwin. Jangan ingat seperti zaman bujang dulu, boleh berkawan dengan sesiapa pun atau yang berlawanan jantina sesuka hati. Jaga batasan pergaulan dan jaga hati pasangan. Bahaya juga kalau hati terpaut pada yang lain!

4 - Sukar Kawal Emosi

Perkahwinan ertinya perkongsian. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan berpasangan, perlulah bersabar. Kalau sebelum kahwin, bau kentut pun rasa wangi. Tapi selepas kahwin, takkan tersenggol sikit pun dah naik angin. Janganlah begitu. Kawal amarahmu, pertahankan kesabaranmu.

KEBAIKAN KAHWIN USIA MUDA, MASIH DALAM PENGAJIAN

1- Elak Pergaulan Bebas

Seperti yang kita lihat hari ini, rata-rata penuntut berpasang-pasangan, keluar bersama, jalan beriringan, menonton wayang, berbalas WhatsApp dan bervideo call sehingga larut malam yang boleh menjuruskan ke arah maksiat.

Jadi, jika hati sudah seia sekata untuk hidup bersama, adalah lebih baik nikahkan saja. Ini lebih baik daripada terjadinya perkara maksiat yang tidak diingini sehingga lahirkan anak luar nikah dan berlakunya pembuangan bayi.

2 - Mudah Belajar Bersama

Jika berkahwin awal, mudah untuk belajar bersama-sama, apatah lagi jika ambil kursus atau jurusan yang sama. Tiada siapa yang melarang jika hendak ulangkaji bersama hatta sampai larut malam pun.

3 - Persaingan Sihat

Jika waktu kuiz atau peperiksaan, best juga bila bersaing sesama pasangan. Akan mewujudkan lagi persaingan sihat sesama pasangan. Tidak hairanlah jika kita lihat pasangan penuntut yang berkahwin awal dilihat mempunyai CGPA yang kekal baik dan berterusan sehingga tamat pengajian.

4 - Lebih Bertanggungjawab

Ye, pasangan kahwin ketika masih belajar akan lebih bertanggung jawab. Manakan tidaknya, tugas sebagai pelajar, ditambah lagi peranan sebagai suami (atau isteri) dan juga bergelar bapa (atau ibu) akan lebih membuatkan mereka lebih bertanggung jawab. Pakai ‘3 topi’ sekaligus! Oh, ya! Sebagai pekerja sambilan juga sebab seorang suami wajib mencari nafkah untuk isteri dan keluarganya tak kira apa jua keadaan. Macam mana? Adakah anda bersedia untuk itu?

5 - Rasa Selamat

Yelah, bila dah bersuami, tentunya si isteri rasa lebih selamat. Umpama ada seorang adiwira yang bakal jadi penyelamat sekiranya berlaku apa-apa. Nak ke mana-mana pun rasa selamat sebab ada bersama suami. Takde lah kena kacau lagi. Lagipun rimas juga bila fikir nak kawan dengan lelaki lama-lama. Takut penat bercinta lama-lama tapi tiada pengakhiran.

6 - Rezeki Melimpah Ruah

Haaa... yang ini memang tidak dapat dinafikan. Rezeki memamg melimpah ruah. Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk dan cara. Kalau bukan dalam bentuk kewangan, mungkin dikurniakan cahaya mata yang tak banyak ragam, mungkin dapat pensyarah yang baik dan ALLAH mudahkan pembelajaran anda. Macam-macam bentuk rezeki!

OK, dah baca, kan? Jadi, anda pilih yang mana? Nak kahwin awal atau tunggu? Haha...

Jomlah SHARE, pasti bermanfaat buat kawan-kawan yang tengah dalam dilema tu.

-NFU-


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...