> TIP SIHAT > Kaedah turunkan berat badan
Kaedah turunkan berat badan
DR LIM HUAY CHEEN Khamis | 8 Februari 2018

Bari atau Baros dalam bahasa Yunani moden bermaksud berat, beban, gemuk. Pembedahan bariatrik adalah pembedahan untuk obesiti. Pembedahan bariatrik pada masa ini adalah satu-satunya kaedah penurunan berat badan yang berkesan dan berkekalan untuk mereka yang mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan walaupun dengan mengawal kadar pemakanan mahupun juga dengan bersenam.

Seseorang yang obes cenderung mengalami berbagai masalah perubatan seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterol dan sebagainya. Maka pembedahan bariatrik bukan hanya untuk obesiti, tetapi juga memperbaiki atau menyembuhkan keadaan-keadaan tersebut. Malah, pembedahan ini juga dirujuk sebagai pembedahan bariatrik dan metabolik.

Terdapat pelbagai jenis pembedahan yang bukan sahaja mengurangkan jumlah pengambilan makanan, malah ia juga mengurangkan kesan hormon badan dalam proses mengehadkan penyerapan & pencernaan makanan.

Jenis pembedahan berikut adalah:

1. Sleeve Gastrectomy

Tujuan prosedur ini untuk mengurangkan saiz perut. Ini akan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan. Prosedur ini melibatkan pembuangan sebahagian besar usus perut dengan tujuan memperkecilkan saiz usus perut selamanya.

2. Roux-En-Y Gastric Bypass (RYGB)

Prosedur ini mewujudkan sebuah kantung perut kecil (beg) yang akan mengakibatkan ruangan atas usus perut kecil dan ruangan bawah yang lebih besar. Usus kecil kemudiannya akan dibahagikan pada panjang tertentu (biasanya sekitar 100sm dari duodenum).

Prosedur ini tidak melibatkan penyingkiran mana-mana bahagian perut atau usus. Jumlah pemakanan akan dikurangkan. Makanan yang memasuki bahagian perut akan memintas duodenum (bahagian pertama usus kecil) dan jejunum (bahagian tengah usus kecil) ke bahagian akhir usus perut kecil. Ini

akan melambatkan pencernaan dan penyerapan makanan.

3. Adjustable Gastric Gand atau Band Gastrik Boleh Dilaraskan

Cara prosedur ini dilaksanakan ialah, sebuah belon kembung dimasukkan ke bahagian atas usus perut. Belon tersebut disemat ke sebuah sisi yang diwujudkan di bawah kulit bahagian perut yang boleh dilaraskan. Tujuan belon ini adalah untuk mewujudkan sebuah kantung kecil. Kantung ini pula membantu mengehadkan jumlah pengambilan makanan dan juga menangguhkan makanan daripada memasuki isi perut yang tinggal. Proses ini akan mempercepatkan seseorang itu berasa kenyang.

Kesan kepada badan

Matlamat akhir ialah penurunan berat badan. Dalam proses ini, tubuh kita mungkin akan mengalami beberapa perubahan fisiologi disebabkan sekatan diet. Bagi pesakit kencing manis, kawalan glukosa akan ketara bertambah baik. Jumlah remisi yang diperhatikan adalah dalam 80-90% pesakit dengan selebihnya

mempunyai peningkatan yang ketara dalam kawalan gula.

Dalam proses kekurusan berat yang berlebihan, kulit mungkin akan menjadi kendur. Keguguran rambut mungkin berlaku terutamanya apabila pengambilan makanan tidak terfokus pada protein. Kekurangan vitamin mungkin berlaku jika pesakit tidak mengambil suplemen vitamin yang disyorkan.

Walau bagaimanapun, pembedahan bariatrik dapat memberi penambahbaikan atau pembalikan yang jelas dari segi kesihatan seseorang, terutamanya Diabetes Mellitus, Hipertensi, Hyperlipidaemia, Obstructive Sleep Apnea dan lain-lain. Malah, perubahan boleh juga dilihat dalam Polycystic Ovarian Syndrome – dari peringkat infertiliti kembali subur. Kualiti keseluruhan kehidupan dan aspek sosial seseorang itu akan bertambah baik.

Memerangi obesiti

Tiada sebarang pembedahan, diet atau ubat yang boleh memberi penawar yang kekal untuk masalah obesiti. Pembedahan bariatrik bersama dengan pengubahsuaian gaya hidup, boleh menawarkan hasil jangka panjang yang baik untuk kesihatan dan berat badan. Ia membantu mempercepatkan penurunan

berat badan terutamanya pada mereka yang mengalami obesiti dengan mobiliti terhad dan tidak dapat melakukan sebarang senaman.

Jadi pilihan

Pembedahan ini diberi perhatian pada awal 1950-an, ketika seorang pesakit sedang menjalani pembedahan Hemigastrectomy (penyingkiran sebahagian perut). Pesakit itu juga mengalami penyakit kencing manis. Masalah kencing manisnya itu kemudian mengalami perubahan cepat dan makin ketara bertambah baik. Hanya selepas kira-kira 40 tahun kemudian, di masa 1990-an, lebih banyak bilangan kajian diterbitkan mengenai pembedahan bariatrik dan efek positifnya. Semenjak itu, penyelidikan terperinci dan teknik baru diperkenalkan.

Gaya hidup sihat

Pembedahan bariatrik tidak akan menurunkan kadar obesiti. Kesedaran mengenai obesiti dan gaya hidup sihat adalah kunci untuk mengurangkan kadar obesiti di negara kita. Pembedahan bariatrik dapat membantu mereka yang memerlukan surgeri ini untuk meningkatkan kesejahteraan umum dan kualiti hidup keseluruhan dalam jangka yang panjang.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUANTAN - Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) menganjurkan program Street [email protected] Musolla bagi...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
KUANTAN- Inovasi Literasi Muzikal Jasmania Peribumi yang dilaksanakan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan (PKPPK) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan...
Sebahagian tetamu kehormat yang menghadiri LIBK Siri 5/2018 di Padang Kawad UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.Seramai 72 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka...
Mewakili Al-Madinah International University (MEDIU) bagi kerjasama dua hala di peringkat antarabangsa telah membawa kami ke sebuah negara yang terletak di Tengah Afrika, Kenya....
Apa itu Jobshop.UiTM? Jobshop.UiTM adalah sebuah portal mencari kerja dalam talian yang telah beroperasi sejak Mac 2007. Sistem ini telah dibangunkan khusus untuk membantu pelajar...