> TEMPAT LEPAK > Fradoo ABC Special Madness Seksyen 2 jadi kegilaan ramai
Fradoo ABC Special Madness Seksyen 2 jadi kegilaan ramai
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 9 Februari 2018

Adakah anda seorang peminat tegar Air Batu Campur (ABC) atau ada juga yang sebut Ais Kacang? Kalau anda seorang peminat tegar ABC, tentunya anda tidak akan melepaskan peluang menikmati Fradoo ABC Special Madness ini yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam.

Port ini memang merupakan tumpuan ramai kerana lokasi medan selera ini berdekatan dengan kampus utama Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam.

Rata-rata menyukai ABC di sini. Kalau dah cuba sekali, mesti nak repeat lagi berkali-kali.

Bukan sahaja ada ABC, tapi ada juga laici kang dan cendol pulut aiskrim. ABC pula ada ABC Jagung, ABC Milo, Classic ABC dan beberapa lagi yang semuanya sedap-sedap belaka.

Sedap sangat ke ABC di situ? Memang sedap! Cukup rencah, cukup bahan, cukup rasa. Memang puas makan dengan harganya yang berbaloi-baloi. Tak percaya? Anda kenalah cuba sendiri.

Kredit Foto: FB Fradoo ABC Special Madness


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Setiap kampus disediakan dengan pelbagai kemudahan, termasuk kafe makanan yang akan menjadi tumpuan pelajar untuk memenuhi selera. Adakah makanan itu dijual dengan harga...
Sungai merupakan sebuah khazanah yang perlu dipelihara supaya fungsinya dalam kehidupan seharian sentiasa berkekalan. Masyarakat perlu menyedari bahawa sungai memainkan peranan...
KUALA LUMPUR - Sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi menetapkan syarat 'pengalaman bekerja' dalam memilih calon untuk mengisi jawatan tertentu. Keadaan ini...
Kor Siswa Bomba di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat menjadi perintis pertama institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini diterapkan ilmu kebombaan dalam...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
DUNGUN - 'Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia', pepatah yang mengakui betapa hebatnya peranan wanita dalam kehidupan.Tanggapan kuno yang mengatakan belajar...