> Alumni UTeM ungguli Anugerah Nadi Negara 2017
Alumni UTeM ungguli Anugerah Nadi Negara 2017
Isnin | 12 Februari 2018

Mantan Exco Korporat dan Antarabangsa, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017, Fifiyana Asmida Abdul Samat telah menerima Anugerah Nadi Negara 2017 yang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung Umno lalu.

ALUMNI UTEM2
Fifiyana menerima sijil, trofi dan wang tunai yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Fifiyana yang kini Alumni UTeM merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi) seorang pelajar yang aktif dan pernah memegang jawatan Exco Korporat dan Antarabangsa, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017 serta kerap terlibat dalam program-program kepimpinan universiti.

“Anugerah ini didedikasikan kepada UTeM termasuklah Naib Canselor dan keseluruhan pengurusan tertinggi sehingga ke kumpulan profesional dan sokongan di atas bantuan yang melayakkan saya menerima Anugerah Nadi Negara ini," ujarnya sambil menyatakan kesyukuran tidak terhingga di atas anugerah diterima sekali gus mengharumkan nama UTeM.

ALUMNI UTEM1
Khairul Nizam (tiga dari kanan) bersama cek yang diterima.

Anugerah Nadi Negara ini diberikan kepada siswazah cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta mempunyai ciri kepimpinan berkualiti semasa pengajian di universiti.

Turut membawa nama UTeM adalah Khairul Nizam Suhaimin, Mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UTeM sesi 2014/2015 apabila menjadi salah seorang dari penerima DermaSiswa Nadi Negara yang dipilih bagi tahun ini.

Penolong Pendaftar UTeM, Ahmad Fadzil (kiri) bersama Khairul Nizam, Fifiyana dan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UTeM sesi 2017/2018, Rian Azman (hujung kanan).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KEMAMAN - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kemaman berjaya merangkul banyak pencapaian dan anugerah dalam bidang kreativiti serta inovasi sepanjang tahun lalu sekali gus...
Malam cemerlang buat siswa-siswi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) apabila menggondol empat anugerah utama dalam Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan...
SHAH ALAM, 27 Ogos 2017 - Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menamakan diri sebagai Siswa Barisan...
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana penglibatan saya dalam kepimpinan mahasiswa sejak zaman Diploma berbaloi dan dihargai apabila menerima dua anugerah utama dan satu anugerah...
Profesor Robert B. Laughlin, penerima anugerah Nobel 1998 dalam bidang fizik, telah memberi inspirasi kepada lebih 2000 pelajar dan pensyarah di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)...
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berinisiatif dalam membantu sebagai urusetia menjayakan penganjuran pembangunan usahawan dalam kalangan...