> Alumni, MPP Unisel kecam cubaan provokasi SBN
Alumni, MPP Unisel kecam cubaan provokasi SBN
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 14 Februari 2018

SHAH ALAM, 27 Ogos 2017 - Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menamakan diri sebagai Siswa Barisan Nasional (SBN) yang didakwa merancang untuk melakukan provokasi sempena Hari Terbuka Unisel 2017, di kampus Shah Alam, di sini.

Presiden Alumni, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, pihaknya kesal kerana kumpulan terbabit berusaha mencemari karnival dengan provokasi hingga menyebabkan ketidakselesaan pengunjung.

“Mereka merancang provokasi tersebut dengan memuat naik video menerusi laman sosial Facebook dan menghantarnya melalui aplikasi WhatsApp kepada alumni dan MPP.

“Video tersebut tular hingga menyebabkan tiga sekolah menengah di Lembah Klang bertindak membatalkan niat membawa pelajar hadir ke Hari Terbuka hari ini (semalam) kerana khuatir dengan keselamatan,” katanya pada sidang media bersama MPP, di pekarangan Unisel Kampus Shah Alam, di sini, semalam.

Pada masa sama, menurutnya, pihaknya percaya tindakan provokasi itu sebagai usaha menggagalkan orang ramai mendaftarkan diri dan juga anak-anak bagi mengikuti pembelajaran di universiti milik kerajaan Selangor ini.

“Kami yakin ia juga atas dasar dendam dengan kerajaan negeri ekoran isu membabitkan Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika mereka nak tunjuk protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, saya nak mereka tahu bahawa pejabatnya bukan di sini....sebaliknya di sini adalah universiti tempat untuk menuntut ilmu,” katanya.

Sementara itu, Presiden MPP, Mohd Iskandar Zulkarnain Lukman Lee berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya melakukan provokasi dengan cara tidak profesional.

“Perkara ini boleh dibincangkan secara bersama kerana isu pendidikan amat tidak sesuai untuk dipolitikkan.

“Kita serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas jika berlaku provokasi yang boleh mendatangkan kecederaan dan sebagainya kepada pengunjung,” katanya.

Hari Terbuka Unisel 2017 ‘Karnival Jelajah GEMS', generasi Idaman Selangor berlangsung di Unisel Kampus Shah Alam selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Ogos.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berinisiatif dalam membantu sebagai urusetia menjayakan penganjuran pembangunan usahawan dalam kalangan...
DUNGUN - 'Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia', pepatah yang mengakui betapa hebatnya peranan wanita dalam kehidupan.Tanggapan kuno yang mengatakan belajar...
Usaha menjaga kebersihan di pesisir pantai khususnya Pantai Cherating di sini, adalah tanggungjawab semua termasuk pengunjung
Kolej Universiti TATI (TATIUC) membelanjakan hampir RM50,000 bagi melaksanakan kem kepada pelajar di 30 sekolah seluruh Terengganu menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya...
KUANTAN - Mendaki gunung kini antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran golongan remaja dan belia terutama penuntut universiti.Meskipun mendaki dianggap satu aktiviti ekstrem...
Penuntut Universiti Selangor (Unisel) menganjurkan program khidmat masyarakat melalui subjek Community Services bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta nilai murni...