> TIP SIHAT > Tip rawatan kecederaan untuk sukan badminton
Tip rawatan kecederaan untuk sukan badminton
Rabu | 14 Februari 2018

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan termasuklah sukan badminton. Kecederaan dalam sukan badminton adalah pelbagai. Kecederaan ini terdiri daripada kecederaan ringan dan kecederaan berat. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan. Penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan adalah:

 Pertembungan di antara satu sama lain

 Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan

 Jatuh

 Aktiviti latihan atau latihan yang berlebihan

Jenis-jenis kecederaan dalam sukan badminton:

1. Kekejangan otot

Rawatan:

 Memanjangkan otot-otot yang kejang

 Tangan- luruskan jari-jari dengan cermat

 Jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur 1/4 sudu garam dalam satu gelas air.

4
Kekejangan otot perlukan rawatan segera- GAMBAR HIASAN

2. Sengal-sengal otot

Rawatan:

 Melakukan aktiviti pada kadar yang rendah

 Tingkatkan intensiti aktiviti secara berperingkat

3. Luka

Rawatan:

 Menekan secara langsung pada tempat luka atau menekan arteri tertentu untuk beberapa minit.

 Mengangkat ke atas bahagian yang luka untuk membantu mengurangkan pendarahan.

 Membasuh bahagian yang luka

 Menyapu losen antiseptik

 Kepingan plaster boleh digunakan dengan mudah. Bagi kecederaan yang besar, perlu guna ‘kain kasa penyerap’ mengikut saiz yang sesuai.

4. Lebam

Rawatan:

 Melindungi kawasan kecederaan dengan ‘pad’ pada siku dan lutut.

5. Terseliuh

Rawatan:

 Letak beg ais pada sendi yang cedera

 Tinggikan bahagian yang cedera

 Anduh pada bahagian yang cedera

 Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

Setiap kecederaan walaupun tidak serius perlu dititikberatkan- GAMBAR HIASAN

5. Terkehel

Rawatan:

Jangan betulkan tulang yang terkehel

Anggota yang cedera tidak boleh digerakkan

Letakkan mangsa dalam keadaan selesa

Pakaikan anduh dan hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

2
Contoh kecederaan pada sendi- GAMBAR HIASAN

Sumber: https://www.scribd.com/document/190011165/KECEDERAAN-SEMASA-BERSUKAN


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, AlorGajah memafaatkan kemudahan tasik yang dinamakan Tasik Gemilang dalam kampus induk itu menerusi aktiviti...
Bermula sebagai hobi seawal usia lapan tahun, siapa sangka dalam usia semuda 21 tahun, seorang pelajar mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama dalam menggalas cabaran di...
Seramai 33 pelajar dan 18 pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Salahuddin sekali lagi diberi kepercayaan membina dua buah rumah komuniti di Kampung Sesapan...
Seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) maut dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 154 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini, jam 7.15 petang, Jumaat lepas.
Kerjaya sebagai seorang pensyarah, langsung tidak menghalangnya untuk aktif dalam pelbagai bidang sukan termasuk bola sepak, futsal, berlari, menunggang basikal, memancing dan...