> TEMPAT LEPAK > Der Garage Bistro, konsep garaj curi tumpuan
Der Garage Bistro, konsep garaj curi tumpuan
Rabu | 14 Februari 2018

Dari luar cafe sudah boleh nampak kekemasan kayu pallet yang menghiasi di setiap ruang sudut dan perabot di Der Garage Bistro ini. Masakan tidak, dari kerusi, meja, dinding, tempat hiasan lampu hingga ke meja kaunter menggunakan material ini. Tampak unik dan tersendiri dalam pengubah suaian ala-ala seperti di dalam garaj.

Ruang cafe yang besar dan selesa membuatkan korang boleh pilih tempat yang korang suka. Pilih sahaja sama ada di kerusi beralaskan sofa lembut, kerusi pallet empat segi atau kerusi pallet saiz tinggi. Kepelbagaian tempat duduk memberi kemudahan kepada korang untuk membawa ahli keluarga, kawan-kawan, pasangan mahupun secara solo.

Konsep garaj menjadikan suasana lebih ceria

Bercerita dengan lebih lanjut tentang Der Garage Bistro ini, menurut pemiliknya, En Fizi, idea untuk menubuhkan kafe ini telah lama dirancang, sementelah pula sememangnya menjadi impiannya untuk memiliki kafe sendiri.

“Terbinanya perniagaan ini kerana sudah menjadi impian saya untuk mempunyai restoran sendiri. Tercetus idea untuk membuka restoran makanan barat kerana saya amat menggemari makanan Barat dan ingin berkongsi menu yang lazat ini bersama pelanggan Der Garage Bistro.

Antara menu yang terdapat di sini

“Selain itu keistimewaan cafe ini adalah hidangan sajiannya menepati cita rasa pelanggan yang hadir ke cafe kami. Pelbagai jenis sajian disediakan bagi menarik pelanggan yang mempunyai pelbagai cita rasa contohnya kami menyediakan menu starter, main course hinggalah ke dessert. Malah, menu air juga mempunyai pelbagai pilihan. Harga yang ditetapkan juga murah dan berbaloi. Sangat berpatutan bagi yang bergelar pelajar kampus. Rugi siapa yang tak datang mencuba! Harga yang berpatutan ini rata-rata ramai yang mampu menikmati.

e
Konsep garaj menjadi tarikan buat pengunjung

Untuk tampil kelainan, perhiasan vintage turut diselitkan bagi menonjolkan konsep ‘garaj’. Lebih istimewa lagi, pemilik cuba mengetengahkan konsep ‘hipster’ kerana ia sesuai dengan trend masa kini yang menjadi tumpuan golongan muda mudi untuk lepak dan bersantai.

t
Tampil dengan konsep yang tersendiri

Der Garage Bistro bukan sekadar cafe yang menyediakan makanan barat sahaja, malah ia juga menjadi tempat untuk para pelanggan mengambil kesempatan untuk bergambar atau berswafoto sambil menikmati hidangan. Ini kerana dekorasi dalamannya yang menarik dan unik membuatkan mereka teruja untuk bergambar.

SUMBER: MAJALAH DARA.COM

Foto: Fb DerGarage_Bistro


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
Secara luarannya, untuk mahasiswa lelaki berusia 25 tahun ini mungkin tiada apa yang istimewa. Namun, di sebalik senyuman manis dan sikap rendah dirinya, anak keempat dari enam...
Memfokuskan penyelidikan saintifik dan inovasi dalam bidang pembinaan dan digital teknologi, Universiti Reading Malaysia (UoRM) menjalinkan kerjasama sebuah institusi swasta dari...
Berita tentang susu formula palsu yang dijual di Johor baru-baru ini, memang menggemparkan sekali gus menarik perhatian negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen kini Ketua Eksekutif Universiti Antarabangsa Al Madinah yang dulunya merupakan Mantan Timbalan Rektor UIA
Persidangan Kebangsaan Pascasiswazah dan Sarjana Mengenai Sains, Teknologi dan Masyarakat 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Fakulti Sains, Universiti Malaya pada 1 & 2...