> TERENGGANU > UniSZA suntik motivasi pelajar
UniSZA suntik motivasi pelajar
NOOR HAYATI MAMAT Rabu | 14 Februari 2018

HULU TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini proaktif menggerakkan program sahsiah diri dan motivasi kepada pelajar serta ibu bapa di negeri ini.

Terbaharu, UniSZA selaku Penyedia Perkhidmatan (SP) kepada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mengadakan seminar Move The Heart yang disertai kira-kira 600 pelajar dan ibu bapa bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini.

UNISZA2
Antara barisan penerima cenderamata bagi pelajar cemerlang Empower ECER untuk peperiksaan UPSR 2017 dan PT3 2017.

Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, UniSZA, Profesor Dr Ramlee Abdullah berkata, program berkenaan kolaborasi antara ECERDC dan UniSZA bagi menyuntik serta meningkatkan motivasi pelajar serta ibu bapa untuk capai kecemerlangan khususnya dalam akademik.

Menurutnya, pihak UniSZA mengadakan seminar motivasi kepada pelajar dan ibu bapa sekali gus sebagai salah satu program sahsiah diri.

“Ini adalah program permulaan bagi tahun ini dan program lain akan menyusul seperti kelas tambahan percuma serta kem-kem motivasi yang lain. Seminar Move The Heart dirangka untuk memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar, ibu bapa serta guru-guru tentang persediaan pelajar yang akan ikuti Program Latihan Akademik Empower ECER pada tahun ini,” katanya.

UNISZA1
Penyampaian cenderamata kepada pelajar cemerlang Empower ECER bagi peperiksaan UPSR 2017 turut diadakan.

Dr Ramlee berkata, UniSZA adalah SP kepada ECERDC untuk jalankan Program Latihan Akademik Empowe ECER di empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu serta Marang.

Sementara itu, seminar berkenaan disampaikan Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Naib Canselor UniSZA, Mejar(K) Ahmad Termizi Abdul Aziz, manakala perasmian penutup disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kemaman Supply Base merangkap AJK Umno Bahagian Hulu Terengganu, Nasir Ahmad.

Ibu bapa dan penjaga turut mengambil bahagian.

Dalam ucapannya, beliau berkata, Program Empower ECER sememangnya telah memberi manfaat, kemajuan serta perubahan positif kepada penduduk di ECER dan difahamkan ia telah memberi manfaat kepada lebih daripada 11,000 peserta di Terengganu, termasuk lebih daripada 8,200 pelajar sejak dilancarkan pada tahun 2011 sehingga kini.

“Program ini telah banyak membantu pelajar yang mempunyai prestasi sederhana dan lemah dari segi akademik. Bimbingan diberikan bukan sahaja dari aspek pendidikan tetapi juga melalui anjuran program-program insaniah seperti dianjurkan ini,” katanya.

Katanya, diharap pelajar akan lebih bersemangat meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing sehingga berjaya.

“Tahniah kepada UniSZA yang dilantik ECERDC sebagai SP Program Empower ECER dalam melaksanakan Program Latihan Akademik Empower ECER 2018. Penglibatan UniSZA ini dilihat sebagai usaha transformasi kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) atau membangunkan dan mewujudkan insan yang kompeten serta berinovasi,” katanya.

UNISZA6
Individu terlibat Seminar Move The Heart Latihan Akademik Empower ECER Hulu Terengganu 2018 bergambar kenangan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Seramai 30 pelajar dari Kelab Reka Bentuk Perindustrian (IDEC) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Persatuan Suka Bantu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka menyertai...
KUALA NERUS - Lima penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dinobatkan sebagai pemenang utama Pertandingan Disrupt-IT Challenge yang berlangsung baru-baru ini.Hasil...
Seramai 155 pelajar Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempamerkan hasil seni masing-masing dalam Program Singgah Seni 4.0...
BESUT - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) konsisten melaksanakan program pemindahan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat setempat selaras dengan hasrat menjadikan institusi...
Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nurul Hanan Jaafar bergelar juara setelah berjaya menewaskan 10 peserta terakhir dalam Pertandingan Intervarsity Young...
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Kumpulan Kesenian Persadatari, Pusat Kebudayaan dan Kesenian melaksanakan Jelajah Seni Malaysia bertempat di Kuala Lumpur baru-baru...