> AKTIVITI KAMPUS > Bravo bantu golongan muda Patthalung dari aspek penjagaan diri dan pendidikan
Bravo bantu golongan muda Patthalung dari aspek penjagaan diri dan pendidikan
NAHRIZUL ADIB KADIR, UM Khamis | 26 April 2018

Seramai 40 mahasiswa dari Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya (UM) telah menjayakan Misi Kesukarelawanan Antarabangsa Borderless Aid Volunteer (BRAVO) Project ke Madrasah Ansori Sunnah, Pak Phayun, Patthalung, Thailand baru-baru ini. Projek berbentuk misi kesukarelawanan antarabangsa di bawah kelolaan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut ini julung kali dilaksanakan yang mana memfokuskan aspek pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan interaksi sosial dengan pendudukan tempatan yang berpendapatan rendah dan serba kekurangan.

Pengarah projek, Muhamad Zulhusnie Khalib berkata, aspek pendidikan dilihat sebagai satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam kalangan pelajar-pelajar di Madrasah tersebut. Bagi menarik minat kanak-kanak, pendekatan fun learning diaplikasikan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai ilmu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang asas dan mudah. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke madrasah bagi menyertai kelas-kelas tersebut.

Para peserta diajar elemen-elemen asas di dalam sains dan juga demonstrasi eksperimen bagi membolehkan peserta menerokai output daripada eksperimen tersebut. Kluster pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan modul tentang pengetahuan asas matematik untuk membolehkan peserta yang berada dalam lingkungan 5 hingga10 tahun bagi membezakan nombor bulat dan menyelesaikan pengiraan dengan teknik yang lebih mudah.

5
Kelas Sains yang dijalankan dalam kaedah fun-learning untuk menarik minat kanak-kanak.

Hasil daripada slot matematik ini, para peserta dapat menguasai ilmu matematik dengan menyelesaikan soalan dengan lebih cepat dan efisien. Selain itu, slot Bahasa Inggeris telah memberikan pendedahan yang mana mereka disediakan soalan-soalan di dalam Bahasa Inggeris dalam bentuk word search dan juga keywords. Peserta dilihat mampu mengklasifikasikan perkataan-perkataan yang diberikan dan menyebutnya dengan baik.

6
Kelas Bahasa Inggeris yang dijalankan di dalam perpustakaan.

“Melalui Program Inovasi Sistem Perpustakaan (PISP), sistem perpustakaan di Malaysia telah dibawa untuk diaplikasikan di madrasah tersebut untuk membantu meningkatkan kualiti penyimpanan buku melalui pengekodan buku yang diatur dengan lebih sistematik dan efisien. Sistem penyimpanan buku yang baru itu telah diajar kepada pustakawan yang bertugas agar sistem tersebut mudah untuk difahami dan dapat diaplikasikan. Hasil daripada projek ini telah memudahkan sistem penyimpanan buku dengan lebih kondusif dan mengetahui pemilikan buku,” kata Dr. Mohd. Istajib Mokhtar, penasihat program Bravo.

7
Rak yang disumbangkan pihak penaja dipasang untuk menjadikan perpustakaan lebih kondusif dan menarik.

2
Buku-buku perpustakaan disusun mengikut kategori untuk memudahkan pengguna.

Selain itu, aspek kesihatan juga sangat dititikberatkan sepanjang projek ini berlangsung. Pelbagai program yang melibatkan aspek kesihatan telah dijalankan antaranya, program Hygiene Care Program (HCP) untuk mengajar kanak-kanak untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri dengan betul. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengajar cara untuk memberus gigi, mencuci tangan dan memotong kuku dengan cara yang betul.

1
Cara memberus gigi dengan betul telah diterapkan oleh sukarelawan.

4
Kanak-kanak juga diterapkan pengetahuan kebersihan diri seperti memotong kuku.

“Aspek pendidikan dan kesihatan merupakan dua aspek yang ditekankan di dalam projek Bravo ini. Justeru, program ini mengharapkan segala ilmu yang telah diajar kepada peserta dan penduduk di sekitar kawasan tersebut dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka bagi meningkatkan taraf hidup individu di sana,” kata Prof. Madya Dr. Jal Zabdi Mohd. Yusoff, Pengetua Kolej Kediaman Kelima.

8
Jal Zabdi Mohd. Yusoff


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...