U-Inovasi > Manfaat minyak masak terpakai jana pendapatan
Manfaat minyak masak terpakai jana pendapatan
MOHD ZAINI OTHMAN  26 April 2018
Menyedari kesedaran masyarakat terhadap pengurusan pembuangan minyak masak terpakai dan penggunaannya yang kerap untuk tempoh lama mendatangkan mudarat, ia menjadi idea keusahawanan kepada sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Terdiri daripada lapan orang ahli, mereka menggerakkan kumpulan mereka yang dinamakan Allinol Oil di bawah aktiviti keusahawanan sosial yang dikendalikan oleh Encatus Usim. Kumpulan yang ditubuhkan pada 2013 ini telah mengambil satu inisiatif dengan menjalankan aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai dari pengguna sekitar Nilai, Negeri Sembilan.

Ahli Allinol Oil sedang menuang minyak terpakai ke dalam tong besar untuk ditapis.

“Melalui pemerhatian kami, kebanyakan minyak masak terpakai dibuang secara salah seperti dituang sahaja ke dalam singki. Malahan tidak dinafikan juga segelintir peniaga menggunakan minyak masak yang banyak untuk menggoreng makanan akan menggunakannya berulang kali atas alasan menjimatkan modal sedangkan ia tidak baik untuk kesihatan.

Hasil kumpulan minyak Allinol Oil.

“Melihat kepada permasalahan ini, kami datangkan solusi yang sesuai menggunakan pendekatan keusahawanan sosial. Keusahawanan sosial ini konsepnya kita membantu menyelesaikan isu yang berbangkit di kawasan sekitar dengan pelbagai inisiatif sesuai. Pada masa yang sama, kita menjana pendapatan secara tidak langsung. Selain ahli kumpulan dapat mengasah kemahiran insaniah, komunikasi dan menyantuni masyarakat” ujar Liyana Rosman.

Liyana Rosman

Menurut siswi Sarjana Muda Quran dan Multimedia, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ini, melalui usaha mereka, masyarakat secara tidak langsung mula di didik bahawa bukan sahaja kertas, kaca dan plastik boleh dikitar semula. Projek yang dicetuskan oleh Allinol Oil ini telah membantu dalam mengatasi masalah pembuangan minyak masak terpakai yang kerap dilakukan sebelum ini.

Minyak masak terpakai sebenarnya boleh dikitar semula menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin. Pada masa kini, minyak masak yang dikumpul akan dihantar ke sebuah syarikat yang bekerjasama dengan mereka iaitu UNI10 Energy untuk diproses menjadi bio-diesel sahaja.

Mereka juga mempunyai perancangan untuk menyediakan satu pusat khas pengumpulan minyak masak terpakai yang dinamakan Oil House berdekatan Kompleks Sukan Tunku Najihah Usim. Lokasinya yang strategik akan memudahkan warga Usim dan masyarakat Nilai untuk menghantar minyak masak terpakai kepada mereka.

Menurut ahli kumpulan ini, proses pengumpulan minyak masak terpakai di premis atau kediaman dibuat apabila terdapat permintaan sahaja kerana mereka memfokuskan pengumpulan dari premis di dalam kampus.

Kerjasama projek kitar semula minyak masak antara Allinol Oil dengan penduduk di Pajam.

Projek keusahawanan sosial mereka ini memberi impak yang besar dalam membantu masyarakat menjaga kesihatan. Ia juga melestarikan alam sekitar apabila dapat mengawal pencemaran akibat pembuangan sisa minyak masak terpakai secara tidak terurus sebelum ini.

Semoga usaha murni mereka ini menjadi contoh kepada rakan-rakan siswa-siswi Institusi Pengajian Tinggi seluruh yang lain.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...