U-SHARE > IKON > Hampir bankrap, tiada pengetahuan buat bisnes, ini cara Amiruddin berjaya jadi kontraktor ICT
Hampir bankrap, tiada pengetahuan buat bisnes, ini cara Amiruddin berjaya jadi kontraktor ICT
AZLINA OTHMAN 27 April 2018
Hampir menjadi muflis ketika baharu berusia 21 tahun antara pengalaman tidak dapat dilupakan seorang usahawan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berasal dari Taman Sri Skudai, di sini.

Bagaimanapun, kisah berkenaan menjadi pemangkin semangat kepada Mohd Amiruddin Kassim, 31, untuk bangkit berusaha dengan gigih bagi membangunkan syarikat yang diusahakan sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Lembaga Pengarah Lynx Tech (M) Sdn Bhd itu berkata, minatnya dalam bidang ICT telah mendewasakannya untuk keluar dari belenggu berkenaan.

Amiruddin (tengah) bersama pekerjanya.

“Dengan modal RM5,000 yang dipinjam daripada keluarga, saya memberanikan diri membuka perniagaan berasaskan ICT sebaik tamat SPM. Pada ketika itu, saya hanya bekerja seorang diri dengan menjual dan menyediakan perkhidmatan membaiki komputer dan komputer riba.

Belajar separuh masa

“Saya tiada pengetahuan asas, namun minat yang mendalam mengatasi segala-galanya. Pada masa sama, saya sambung belajar diploma teknologi maklumat (IT) secara separuh masa di Kolej Cosmopoint Johor Bahru.

“Namun, saya diuji hampir bankrap selepas berniaga hampir empat tahun. Mungkin, pada ketika itu bisnes masih baharu lagi, saya pula belum cukup matang untuk uruskannya. Peralatan komputer saya hanya tempah tanpa membuat perkiraan dan pengurusan yang betul,” katanya.

Berbincang dengan pekerjanya.

Bapa kepada empat anak berusia 1 hingga 7 tahun itu berkata, berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan merupakan satu pelajaran berharga buatnya.

“Saya tak pernah bekerja dengan sesiapa, jadi pelanggan yang berurusan dengan saya adalah satu bentuk pembelajaran untuk saya dewasa dalam bidang ini. Tidak dinafikan setiap bidang perniagaan mempunyai cabarannya yang tersendiri apatah mahu memecahkan dominasi yang mana kebanyakan sedia maklum bahawa cabang bisnes ini selalunya dipelopori oleh bangsa lain.

“Namun, saya lihat bidang ini mempunyai peluang yang cerah. Orang Melayu juga pada ketika itu telah mulai memberi sokongan membeli peralatan komputer mereka dengan usahawan Bumiputera,” katanya.

INFO

Mula perniagaan

dengan modal

RM5,000 yang

dipinjam daripada

keluarga.



Jadi kontraktor bidang ICT

Anak bongsu daripada dua beradik ini terus melangkah maju apabila kemudiannya menjadi kontraktor dalam bidang ICT sejak 2010 yang kemudian disusuli dengan menaiktarafkan syarikat daripada Enterprise kepada Sdn Bhd sejak tahun lalu.

Amiruddin (depan, kiri) ketika mesyuarat dengan wakil Brothers International.

“Pada awalnya, amat sukar untuk saya mendapat kepercayaan pelbagai pihak. Kebanyakan mereka melihat profil syarikat untuk menilai potensi kami. Pernah satu ketika juga apabila saya mahu buat pinjaman kewangan, pegawai bank meragui usia yang masih muda untuk meluluskannya.

“Syukur banyak pihak mula mencari saya untuk bangunkan operasi perniagaan mereka dari segi komputer, penggera keselamatan, sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya. Malah, banyak pihak telah mendapat khidmat kami,” katanya yang kini mempunyai 15 pekerja.

Amiruddin (duduk, depan) sentiasa berbincang dengan pekerjanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...