> KONVO > Konvokesyen pertama di NS
Konvokesyen pertama di NS
NOR AINNA HAMZAH Isnin | 19 Februari 2018

REMBAU – Setelah 18 tahun penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan iaitu pada 1 Jun 1999, UiTM mencatatkan sejarah manis apabila julung kalinya menganjurkan Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, pada 14 November 2017.

Pro Canselor UiTM, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Arshad Ayub berkata, UiTM Cawangan Negeri Sembilan terus berkembang dan berperanan penting dalam menyumbang kepada pembangunan negara khususnya di Negeri Sembilan.

Menurutnya, sebelum ini istiadat konvokesyen bagi graduan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan diadakan di tempat lain iaitu antaranya di UiTM Shah Alam.

“Kini buat pertama kalinya kita anjurkan di UiTM Kampus Rembau ini. Pada istiadat kali pertama selama dua hari ini, seramai 1,568 graduan akan menerima skrol masing-masing secara keseluruhan yang terdiri daripada 815 sarjana muda dan 753 graduan diploma.

“Kesemua graduan adalah terdiri daripada empat fakulti iaitu Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,” katanya sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM edisi ke-87 itu.

Pada majlis berkenaan, Anugerah Graduan Terbaik (AGT) Diploma dan Pelajar Terbaik Keseluruhan disandang oleh Nur Hadina Zolhaili, 21 dengan PNGK sebanyak 4.00. Untuk rekod, istiadat konvokesyen tersebut mencatatkan seramai 26, 417 graduan.

Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Profesor Dr Nasrudin Mohammed.

IMG-20180219-WA0009
Dari kiri, Nasrudin dan Arshad ketika ditemui sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87 UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Merbok, Kedah menerima pengiktirafan Premis 100 peratus Bebas Asap Rokok Sempena Blue Ribbon Campaign oleh Lembaga Promosi Kesihatan...
Memupuk gaya hidup sihat, satu program Health & Wellness Day 2.0 telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun, baru-baru ini.Bertempat di...
KONTINJEN Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 yang berlangsung pada 2 hingga 10 Febuari...
PENGALAMAN ketika ditauliahkan sebagai Komander Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis 29 tahun dahulu seolah-olah berulang kembali apabila kini anaknya pula...
Usaha menjaga kebersihan di pesisir pantai khususnya Pantai Cherating di sini, adalah tanggungjawab semua termasuk pengunjung
Asal-usul awal permainan sukan hoki bermula pada abad pertengahan di England, Scotland, Perancis dan Belanda. Namun pada hari ini, permainan ini telah dimainkan secara global di...