> SEL KL > Unisel anjur pertandingan memancing
Unisel anjur pertandingan memancing
ASYRAF MUHAMMAD Rabu | 21 Februari 2018

Bersempena Hari Terbuka 4.0 yang akan berlangsung pada 16, 17 dan 18 Mac ini, Universiti Selangor (Unisel) mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Memancing Toman dan Pacu yang berlangsung di Kampus Bestari Jaya, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan berkata, program ini juga dianjurkan bagi memeriahkan majlis hari pendaftaran para pelajar bagi pengambilan Februari yang berlangsung pada awal bulan ini.

Mohammed Redzuan membuat gimik pelancaran program berkenaan.
Mohammed Redzuan membuat gimik pelancaran program berkenaan.

“Pertandingan ini mendapat sambutan meriah daripada para peserta dan penggemar sukan memancing di mana mereka begitu bersemangat dengan hadir seawal jam 8.30 pagi lagi bagi bersama-sama mengikuti program ini,” katanya.

Difahamkan, Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman turut berkesempatan untuk turun padang bagi bersama-sama merasmikan dan mengikuti program tersebut.

UNISEL5

Selain pertandingan memancing itu, para peserta serta warga Unisel turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang akan disampaikan oleh Pendaftar Universiti, Shamsul Azhar Mohd Yusof.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Hasril memaklumkan bahawa kira-kira 300 peserta telah mengikuti pertandingan terbabit walaupun hadiah penyertaan tidak begitu lumayan.

Beliau berkata, johan bagi pertandingan itu membawa pulang wang tunai bernilai RM300, naib johan RM200 manakala tempat ketiga pula RM100.

Para pemenang diraikan dan diberikan hadiah sementara peminat acara memancing tidak melepaskan peluang mengikuti program berkenaan.

“Hadiah pertandingan kali ini dilihat tidak begitu lumayan memandangkan ini hanyalah merupakan acara pra pertandingan bersempena Hari Terbuka Unisel 4.0 pada Mac nanti.

“Sewaktu pertandingan sebenar nanti, hadiah yang kita tawarkan lebih lumayan di mana johan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000,” katanya.

Dalam pada itu, Hasril turut mengalu-alukan kehadiran daripada masyarakat luar bagi mengikuti Hari Terbuka Unisel 4.0 yang bakal berlangsung nanti memandangkan terdapat banyak acara menarik disediakan khusus buat para pengunjung.

Pihak urus setia menimbang ikan yang berjaya dikail para pemancing dalam pertandingan itu.
Pihak urus setia menimbang ikan yang berjaya dikail para pemancing dalam pertandingan itu.

Orang ramai katanya perlu merebut peluang tersebut memandangkan terdapat pelbagai hadiah lumayan disediakan khas untuk para pengunjung yang hadir.

INFO:

Program ini juga dianjurkan bagi

memeriahkan majlis hari pendaftaran

para pelajar bagi pengambilan

Februari


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA TERENGGANU - Tulisan jawi adalah warisan budaya ilmu yang tidak boleh dibiarkan lenyap terutama dalam kalangan generasi baharu.Namun begitu, tidak ramai generasi pada hari...
Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM melalui pejabat Timbalan Dekan HEP dan warga fakulti telah menganjurkan secara usahasama satu program yang dinamakan The Malaysian Book of...
SHAH ALAM, 27 Ogos 2017 - Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menamakan diri sebagai Siswa Barisan...
Seramai 244 mahasiswa Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) menyertai Festival Gerak Kerja Kokurikulum (Gerko Fest siri ke-21) di Kem El-Azzhar, Banting,...
Seramai 33 pelajar dan 18 pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Salahuddin sekali lagi diberi kepercayaan membina dua buah rumah komuniti di Kampung Sesapan...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Sriwijaya (UNSRI) Indonesia baru- baru ini bertempat di Bangunan...