U-8Tive > SUKIPT > Pasangan suami isteri rangkul Anugerah Olahragawan Olahragawati Sukan Usim 2017
Pasangan suami isteri rangkul Anugerah Olahragawan Olahragawati Sukan Usim 2017

Pasangan suami isteri mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati kategori pelajar dalam satu Majlis Anugerah Sukan Usim 2017 yang berlangsung di Pusat Sukan Tunku Najihah.

Mohamad Ali Imran Che Yashin, 27 menyumbang pingat Emas dalam Kejohanan Pencak Silat Piala TPM peringkat Kebangsaan 2017 dan pasangannya Nur Fazira Fadzil, 25 menyumbang pingat gangsa Tekwando dalam Kejohanan Sukan MASUM 2017.

Penganugerahan ini merupakan kali kedua buat Mohamad Ali Imran Che Yashin apabila pertama kali menerimanya pada tahun 2013. Pasangan ini berkenalan semasa dalam latihan sukan lebih kurang dua bulan dan terus melangsungkan perkahwinan selepas itu. Mereka membawa pulang sijil, trofi dan wang tunai RM300.

Mohamad Ali Imran Che Yashin dan isteri, Nur Fazira Fadzil dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Anugerah Sukan Usim 2017.

Majlis anjuran Pusat Sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Kakitangan Usim ini merupakan kali ke-4 diadakan bagi menghargai sumbangan dan komitmen pelajar, staf, jurulatih dan individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dari segi prestasi serta pencapaian sukan. Selain itu ia juga memberi motivasi kepada atlet-atlet di Usim agar sentiasa meningkatkan pencapaian tertinggi di peringkat IPT dan negara.

Sebanyak 9 kategori anugerah disampaikan dalam majlis tersebut iaitu Anugerah Bintang Harapan Pelajar, Jurulatih Terbaik, Tokoh Kepimpinan Sukan Usim, Olahragawan dan Olahragawati staf dan pelajar, Sekalung Budi dan Anugerah Khas.

Bagi Anugerah Bintang Harapan Pelajar (Lelaki) disandang oleh Mohammad Ammar Abdul Halim, Olahragawan dan Olahragawati Staf disandang oleh Saiful Azizi Musa dari Pusat Perumahan Pelajar dan Dr. Norhidayah Azman Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi. Manakala jurulatih terbaik disandang oleh Dzulnizam Sogol iaitu jurulatih Silat Olahraga.

Turut disampaikan Anugerah Khas bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang memberi sokongan, motivasi dan sumbangan dari segi pencapaian dan penglibatan dalam sukan mahupun komuniti. Mereka ialah Prof Madya Dr Alina pensyarah FST yang memberi sokongan dari segi motivasi dan kewangan kepada atlet tekwando, dan Zulfarhan Rafiee mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang mewakili IPT Malaysia di Kejohanan Futsal Universiti Asia-Pasific 2017 di China tahun 2017 dan terpilih menjalani sesi latihan & Pemilihan Pasukan PST-IIUM Mustangs Futsal bagi persiapan menyertai Kejohanan Universiti Dunia (WUC) 2018 di Kazakshtan pada Ogos nanti.

Naib Canselor Prof Datuk Dr Musa Ahmad dalam ucapannya turut menggalakkan penglibatan warga universiti dalam aktiviti sukan sebagai salah satu wadah bagi membentuk dan meningkatkan sahsiah yang berupaya melonjak diri dan karisma serta meningkatkan keberhasilan produktiviti dalam kerja-kerja seharian di samping melahirkan kakitangan Usim yang mempunyai minda cerdas dan tubuh yang sihat

Beliau turut mengumumkan bayaran insentif akan diberikan kepada pasukan staf yang memenangi pingat Emas bermula tahun 2017 iaitu sebanyak RM3000. Pasukan yang menerima insentif tersebut adalah Pasukan Berbasikal dan Pasukan Catur.

Turut hadir Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin selaku Pengerusi Pemilihan Anugerah Sukan Usim 2017 dan Pengarah Pusat Sukan, Hamran Husin.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...