> AKTIVITI KAMPUS > Penglibatan 75 Taska Selangor
Penglibatan 75 Taska Selangor
Zalmimazura Zahari Rabu | 31 Januari 2018

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM melalui pejabat Timbalan Dekan HEP dan warga fakulti telah menganjurkan secara usahasama satu program yang dinamakan The Malaysian Book of Record (MBR) yang mana melibatkan penyertaan terbesar kanak-kanak dalam aktiviti keselamatan dalam bangunan.

Program yang telah diadakan sejak Disember lalu melibatkan 75 taska terpilih di seluruh negeri Selangor. Menurut Dekan Fakulti Kejuruteraan Elekrtik UiTM Professor Ir. Dr. Mohd Nasir Taib, program kali ketiga ini turut mendapat sokongan dan usahasama dari beberapa pihak antaranya Management & Science University (MSU), Persatuan Taska Negeri Selangor (PTS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.

book of record 1
Dekan Fakulti Kejuruteraan Elekrtik UiTM Professor Ir. Dr. Mohd Nasir Taib

“Program kali ini agak luar biasa kerana penglibatannya lebih ramai. Hampir 500 pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam bergabung tenaga bersama 500 pelajar Fakulti Pendidikan dari MSU terlibat sebagai fasilitator program untuk latihan kebakaran dan keselamatan bangunan serta latihan pertolongan cemas di 75 taska terpilih. Program ini dijalankan secara serentak pada jam 10 pagi,” katanya.

Kesemua aktiviti yang telah berlangsung pada hari tersebut (6 Disember 2017) direkodkan sebagai percubaan dan seterusnya berjaya memecahkan rekod MBR yang dicipta pada 2016 oleh FKE UiTM dengan penyertaan 64 taska pada ketika itu.

Antara aktiviti yang dilakukan iaitu latihan kebakaran dan pertolongan cemas

Kemuncaknya, 10 Januari 2018 telah diadakan acara penyerahan sijil dari pihak MBR kepada TNC HEP mewakili UiTM dan rakan penganjur bersama yang lain.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
HULU TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini proaktif menggerakkan program sahsiah diri dan motivasi kepada pelajar serta ibu bapa di negeri ini.Terbaharu,...
KOTA BHARU - Bagi memupuk pelajar yang mempunyai daya usaha dalam bidang keusahawanan dan pelajaran, Jabatan Matematik dan Sains Komputer (JMSK) dengan kerjasama Jabatan Sukan,...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, AlorGajah memafaatkan kemudahan tasik yang dinamakan Tasik Gemilang dalam kampus induk itu menerusi aktiviti...
Penuntut Universiti Selangor (Unisel) menganjurkan program khidmat masyarakat melalui subjek Community Services bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta nilai murni...
Seramai 244 mahasiswa Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) menyertai Festival Gerak Kerja Kokurikulum (Gerko Fest siri ke-21) di Kem El-Azzhar, Banting,...
Bagi mewujudkan budaya dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maka telah...