> FYI > 65 Permohonan lanjutan biasiswa PhD untuk pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diluluskan
65 Permohonan lanjutan biasiswa PhD untuk pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diluluskan
Kementerian Pendidikan Tinggi Rabu | 28 Februari 2018

26 Februari 2018 - YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, pada hari ini mengumumkan bahawa KPT telah meluluskan sebanyak 65 permohonan pelanjutan khas biasiswa PhD bagi pelajar tajaan KPT di dalam dan di luar negara.

Beliau membuat pengumuman ini selepas berlangsungnya sesi dialog bersama pelajar Malaysia di United Kingdom di mana beliau sendiri telah menyampaikan surat kelulusan kepada seramai 34 pelajar PhD tajaan KPT yang sedang melanjutkan pengajian mereka di sana. Kelulusan tersebut adalah susulan kepada pengumuman kemudahan pelanjutan khas tempoh biasiswa oleh Menteri Pendidikan Tinggi pada 30 November 2017.

“Keputusan untuk menawarkan kemudahan pelanjutan tersebut telah diambil atas dasar keprihatinan kerajaan setelah mendengar rintihan dan mengambil kira kesukaran serta cabaran yang dihadapi oleh pelajar PhD yang di luar kawalan mereka, khususnya bagi yang belajar di luar negara, dalam menamatkan pengajian,” ulas Dato’ Seri Idris Jusoh.

Beliau juga berkata, “Saya berharap pelanjutan ini akan dapat mengurangkan beban yang dihadapi calon PhD tajaan KPT dan membolehkan mereka memfokuskan tenaga untuk menamatkan PhD dengan jayanya dan pulang ke tanah air serta menyumbang ilmu yang diperolehi demi pembangunan rakyat dan negara”.

Sehingga 26 Februari 2018, KPT telah menerima sejumlah 269 permohonan bagi kemudahan pelanjutan khas tempoh biasiswa PhD. Sejumlah 65 permohonan yang diluluskan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mendapatkan sokongan majikan dan penyelia. Baki 204 permohonan lagi sedang diproses untuk pertimbangan selanjutnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Dalam diri kita ni sebenarnya ada banyak bakat yang kita sendiri tak sedar kalau tidak dicungkil dan diasah. Contohnya macam 350 pelajar dan warga kolej siswa Universiti Malaysia...
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Anugerah Best Industry Engagement Award Public Private Research Network (PPRN) sempena Global Entrepreneurship Community (GEC)...
SINTOK, 19 JAN 2018 - Memperkasakan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini menjadi antara agenda utama Kementerian Pendidikan Tinggi...
KUALA LANGAT - Seramai 175 penuntut Politeknik Banting menyertai Rela Siswa Siswi (Relasis) sebagai menyahut seruan penubuhan dan hala tuju baharu Jabatan Sukarelawan Malaysia...
MELAKA - Kementerian Pendidikan Tinggi mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR ) bagi meningkatkan...
Hasil dedikasi dan kesungguhan beliau dalam bidang yang diceburi ternyata menjadi kelebihan kepada Profesor Dr. Rajah Rasiah dari Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai Profesor...