U-8Tive > STAR > Eddy Chew lepas tekanan dengan memancing
Eddy Chew lepas tekanan dengan memancing
MUHAMAD SAFWAN FADZIL 11 April 2018
Kehebatannya tidak perlu disangkal lagi kerana pernah menjuarai acara 50m pistol pada Kejohanan Menembak Grand Prix Antarabangsa Kuwait Ke-4 pada 2015 ketika baru berusia 20 tahun.

Bergelar atlet negara, beban besar memikul tanggungjawab mewakili negara dan mengejar kejayaan peribadi sudah pasti memberikan tekanan kepadanya sementelahan dirinya juga masih bergelar mahasiswa.

Penembak negara, Eddy Chew, 23, penuntut tahun ketiga Jurusan Sains Sukan Universiti Malaya (UM) mengakui, sebagai atlet kebangsaan, tekanan sudah pasti wujud setiap kali menyertai pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Eddy bersama piala kemenangan semasa menjuarai Kejohanan Menembak Grand prix Antarabangsa Kuwait.

Asalnya pemain badminton

Menceritakan pengalaman awal menceburi bidang ini, Eddy berkata beliau mendapat pendedahan awal dalam sukan ini melalui ibu bapa dan rakan-rakan.

“Saya mula ceburkan diri dalam sukan menembak sejak usia sembilan tahun lagi.

“Pada mulanya, saya adalah seorang pemain badminton kemudian ambil keputusan bertukar kepada bidang menembak oleh kerana faktor ketinggian tak mencukupi pada usia 17 tahun,” katanya tergelak.

Eddy (kanan) bersama penembak negara yang lain semasa memenangi pingat emas berpasukan Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA).

Eddy berkata, dia menghabiskan masa menjalani latihan menembak selama empat jam pada waktu pagi dan tiga jam pada waktu petang.

“Sebagai seorang atlet menembak, kesabaran, komitmen dan disiplin yang tinggi diperlukan untuk berjaya."

Pendapatnya juga, prestasi dalam bidang pelajaran dan sukan perlu diseimbangkan untuk menjamin masa depan yang cerah.

"Saya perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan sukan," katanya

Let the future decide

Atlet kelahiran Johor ini mengakui, dalam sukan menembak, beliau perlu kekal tenang dan bijak mengawal emosi untuk mendapat bidikan tepat.

Eddy menunjukkan hasil tangkapan.

“Apabila ada waktu lapang, saya gemar memancing untuk melepaskan tekanan. Melalui aktiviti memancing ini, ia mendidik saya untuk menjadi penyabar dan kekal tenang untuk mendapat hasil,” katanya.

Menurutnya, hobi memancing ini mula dipupuk sejak kecil apabila bapanya gemar membawa beliau pergi ke sungai untuk memancing ikan.

“Kunci kejayaan memancing adalah kesabaran, begitu juga dengan sukan menembak. Dalam sukan menembak, jika tak sabar, fokus akan terganggu yang akan menyebabkan tembakan tersasar,” katanya.

Dalam sukan menembak, jika tak sabar, fokus akan terganggu.

Nasihatnya kepada mereka yang ingin menceburi sukan menembak, ia perlu dipupuk bermula dari usia muda untuk membiasakan diri dengan rutin harian yang ketat sebagai seorang atlet.

“Komitmen dan disiplin yang tinggi adalah perkara paling penting perlu ada dalam diri seorang atlet untuk berjaya dalam bidang ini. Saya percaya dalam sukan menembak, atlet yang mempunyai komitmen paling tinggi pasti akan berjaya,” katanya.

Berbalik kepada realitinya sebagai penembak negara, atlet berusia 23 tahun ini pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang ketika kecil.

“Mungkin selepas karier sebagai penembak kebangsaan berakhir, saya berminat untuk menceburi bidang pengurusan sukan sebagai pengurus sukan. Tapi, apa-apa pun, let the future decide,” katanya.

BIODATA

Nama: Eddy Chew

Tarikh Lahir: 20 Mei 1995

Tempat Lahir: Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Adik-beradik: Anak bongsu daripada empat adik beradik

Pendidikan:

- Sekolah Kebangsaan Monfort, Batu Pahat

- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat (Tingkatan 1 hingga 3)

- SMK Datuk Syed Isa, Batu Pahat (Tingkatan 4 hingga 5)

- Sekolah Sukan Bukit Jalil (Tingkatan 6)

- Universiti Malaya (Jurusan Sains Sukan)

Pencapaian:

- Emas 50m lelaki individu Sukan SEA Myanmar (2013)

- Emas 50m pistol bebas berpasukan Terbuka Singapura (2013)

- Emas acara 10m berpasukan Pertandingan Menembak Persatuan Menembak Asia Tenggara (2013)

- Pingat Emas 50m pistol Kejohanan Menembak Grand Prix Antarabangsa Kuwait keempat (2015)

- Emas berpasukan Sukan Universiti Asia (2016)

- Emas 50 meter berpasukan Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) (2017)

- Tempat kelima Piala Dunia Menembak (2017)

Anugerah:

- Olahragawan Johor 2015

- Best Sportsman Toto Award 2013


FOTO: Sumber Instagram Eddy Chew

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...