> STAR > Anis mahu sukan Petanque dikenali dunia
Anis mahu sukan Petanque dikenali dunia
Zalmimazura Zahari Isnin | 29 Januari 2018

Meskipun Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 telah berlalu, namun ‘sejarah’ manisnya tetap terpahat di ingatan rakyat Malaysia dan semestinya para atlet yang terlibat. Antaranya, Anis Amira Basri atau lebih mesra dengan panggilan Anis, salah seorang penyumbang pingat gangsa dalam acara petanque.

“Saya diperkenalkan sukan petanque sejak berumur 5 tahun lagi. Tapi penglibatan secara serius pada umur 10 tahun. Pada tahun itu, sukan petanque mula dipertandingkan di kejohanan Sukma yang mana saya terpilih bersama pasukan petanque Selangor,” ujar Anis yang menjadikan sukan ini sebagai kayu ukur untuknya lebih cemerlang dari semasa ke semasa.

5
Aksi Anis dalam sukan petanque

Kenangan jadikan pemangkin semangat

Setiap orang ada kenangan pahit manisnya, begitu juga dengan Anis. Baginya, kenangan tidak mendapat apa-apa pingat sewaktu di kejohanan Sukma Perlis 2014merupakan prestasi paling teruk dalam karier sukannya. Kekecewaan tersebut membuatkan Anis hilang semangat untuk meneruskan perjuangan dalam sukan ini, namun keluarga banyak memberi sokongan untuk kembali beraksi dalam sukan petanque.

Manakala kenangan manis pula, pada kejohanan Sukma di Pahang 2012, Anis berjaya meraih pingat emas pertama setelah kali ketiga Anis menyertai temasya tersebut. Hasil kecemerlangannya itu, Anis terpilih ke Sukan Sea di Myanmar pada 2013 dan berjaya membawa pingat gangsa untuk negara.

6
Ketika beraksi di Sukma Sarawak 2016

Ke peringkat antarabangsa

“Jika ditanya tentang harapan, sudah tentu saya mengharapkan sukan petanque ini dikenali bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Bagi memastikan hasrat ini tercapai, saya sebagai atlet petanque akan berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan supaya dapat menarik minat masyarakat di luar sana terhadap sukan ini,” kata Anis lagi.

Jom kita selidik apa yang menarik tentang sukan petanque:

1. Kurang risiko untuk kemalangan/kecederaan

2. Tiada spesifik saiz badan. Sesiapa saja boleh mencuba, asalnya berminat

3. Pemain perlu memberi fokus yang tinggi untuk mencapai sasaran yang dituju

4. Tidak memerlukan pakaian khas, asalkan selesa dan bersesuaian.

5. Tidak memiliki had umur, sesiapa sahaja boleh bermain dan pada bila-bila masa sahaja.

BIODATA:

Nama penuh : Anis Amira binti Basri

Umur : 19 Tahun

Asal : Selangor

Kampus : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)- Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Idola : Datuk Lee Chong Wei

Prinsip : Fall Down Seven Times, Get Up Eight

Hobi : Karaoke

5 perkara yang orang tak tau tentang diri Anis:

1. Manja

2. Kuat menangis

3. Mudah didekati

4. Suka ketawa

5. Suka makan

5 perkara yang Anis ingin capai dalam hidup:

1. Ingin menjadi juara dunia dalam sukan petanque

2. Menjadi seorang jurutera

3. Boleh membanggakan keluarga

4. Ingin menjadi legenda sukan yang dihormati

5. Menjadi Muslimah yang taat pada perintah-Nya

4
Bersama pingat yang diraih

Senarai pencapaian Anis di peringkat antarabangsa dan kebangsaan:

1. 15th Asian Petanque Championship, Thailand (2011)- Suku Akhir

2. Asian Petanque Junior Championship, Hanoi Vietnam (2012)- Perak

3. Asian Petanque Junior Championship, Bali Indonesia (2013)- Gangsa

4. Sukan SEA Myanmar 2013- Gangsa

5. 4th Master de Petanque Pattaya Thailand (2014)- Kedua Nation Cup

6. 3rd Woman World Confederation Cup, Phuket Thailand (2014)- Gangsa (Triple)

7. The Asia Beach Game, Thailand (2014)- Tiada

8. KL Mayor’s Cup Petanque International Championship, KL (2015)- Suku Akhir

9. Asian Beach Game, Vietnam (2016)- Gangsa - Mix Double

10. SEA Games Kuala Lumpur (2017)- Gangsa- Mix Double

1.Teluk Danga International Games (2008)- Perak (Triple)

2. Sukan Malaysia (SUKMA) 2008- Perak (Triple)

3. Sukan Malaysia (SUKMA) 2010- Gangsa (Triple)

4. Sukan Malaysia (SUKMA) 2012- Emas (shooting), Gangsa (double wanita)

5. Kejohanan Double Terbuka Kelantan (2012)- Johan

6. SUKMA Kangar 2014- Tiada

7. SUKMA, Sarawak - Emas (shooting)

8. Petangue Double Remaja Kebangsaan 2016

9. Kejohanan Petanque Piala IPT 2017- Suku Akhir

10. Kejohanan Petanque Mix Double Terbuka Piala YDP Majlis Daerah Batu Pahat (2017)- Johan

Anis bersama rakan sepasukan dalam sukan petanque


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Bermula sebagai hobi seawal usia lapan tahun, siapa sangka dalam usia semuda 21 tahun, seorang pelajar mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama dalam menggalas cabaran di...
KEMAMAN - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kemaman berjaya merangkul banyak pencapaian dan anugerah dalam bidang kreativiti serta inovasi sepanjang tahun lalu sekali gus...
Memfokuskan penyelidikan saintifik dan inovasi dalam bidang pembinaan dan digital teknologi, Universiti Reading Malaysia (UoRM) menjalinkan kerjasama sebuah institusi swasta dari...
Ragbi merupakan antara sukan popular bagi negara-negara luar berbanding di Malaysia. Nama-nama seperti All Blacks, gelaran bagi pasukan New Zealand, Springbok (Afrika Selatan),...
Tiada siapa menyangka di sebalik riak wajahnya yang begitu bersahaja dan khidmatnya yang tidak berbelah bahagi, namun pensyarah Kolej Antarabangsa Inpens Kuala Selangor (Inpens)...
Hasil dedikasi dan kesungguhan beliau dalam bidang yang diceburi ternyata menjadi kelebihan kepada Profesor Dr. Rajah Rasiah dari Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai Profesor...