> TEMPAT LEPAK > D’Sofia Cafe ketengahkan ‘style’ kopitiam dan gerai
D’Sofia Cafe ketengahkan ‘style’ kopitiam dan gerai
SAPINAH AB GHANI Rabu | 7 Mac 2018

JELI- Mempertaruhkan konsep santai, D’ Sofia Cafe yang baharu memulakan operasi cuba memenuhi keperluan serta selera pelanggan di daerah ini.

Pemiliknya, Mohd Zamani Mohd Nawi berkata, tidak banyak restoran mahupun kafe di sini mengetengahkan konsep demikian, menyebabkan dia memilih mengkomersialkan idea tersebut memandangkan ia suatu keperluan ketika ini.

“Di Jeli ramai pelajar, misalnya kita ada Universiti Malaysia Kelantan dan Politeknik. Kita nak sediakan lokasi santai dan dilengkapi wifi untuk penuhi kehendak mereka.

“Lepas ini mereka tak perlu pergi jauh untuk santai atau mengakses internet, boleh datang ke D’Sofia Cafe,” katanya kepada Kampusuols pada majlis solat hajat sempena pembukaan kafe berkenaan baru-baru ini.

Untitled
Mohd Zamani (kanan) melayan tetamu yang hadir pada majlis solat hajat sempena pembukaan D'Sofia Cafe

3
Solat hajat dilakukan sebelum D'Sofia Cafe dibuka secara rasminya

Menurutnya, D’ Sofia Cafe akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 malam, atau mungkin lebih lewat terutama jika ada perlawanan-perlawanan bola sepak yang menjadi pilihan pelanggan.

“D’Sofi a Cafe ini kita guna ‘style’ kopitiam dan gerai. Beraneka menu untuk sarapan disediakan sebelum diteruskan dengan masakan panas mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Katanya, berbekalkan modal RM30,000, beliau cuba memberikan kelainan buat pelanggan di daerah ini apabila menyediakan skrin besar sebagai persediaan menyaksikan World Cup 2018 Jun nanti.

D'Sofia Cafe bakal memenuhi selera orang ramai, lebih-lebih lagi pelajar kampus di sekitar Jeli

Tambahnya, D’ Sofia Cafe yang menggunakan dekorasi daripada GRM Composite Wood melalui hiasan atap daripada Lombok Indonesia itu terletak di lokasi strategik, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dan Balai Bomba dan Penyelamat Jeli serta bersebelahan 7 Eleven.

“Kita juga pastikan keselesaan pelanggan di semua aspek termasuk kemudahan kawasan parkir yang luas, surau dan lokasi di laluan utama. Aspek keselamatan juga terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zamani berkata, selain memenuhi kehendak pelanggan dan remaja, D’ Sofia Cafe sebenarnya secara tak langsung mewujudkan peluang pekerjaan buat penduduk setempat.

“Sekurang-kurangnya ia boleh bantu perkembangan ekonomi penduduk di sini. Selain itu ia turut menambah pilihan orang ramai dalam memilih hidangan mereka,” katanya.

1
D'Sofia Cafe tampil kelainan untuk memenuhi cita rasa pelanggan masa kini

Mengulas mengenai persaingan, Mohd Zamani berkata, ia situasi sihat dan percaya apa yang diketengahkan mempunyai pengikutnya sendiri.

“Mungkin tak ada sangat persaingan di sini, sebab susah nak jumpa tempat-tempat macam ini di Jeli,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...