> TEMPAT LEPAK > Janji ada wifi, TV, kafeteria pun boleh bro...
Janji ada wifi, TV, kafeteria pun boleh bro...
NURUL ZAILA MOHD TAHIR Khamis | 8 Mac 2018

DUNGUN - Tidak perlu membazir masa dan wang ringgit ke tempat jauh untuk berkumpul atau menghabiskan masa luang bersama rakan-rakan kerana kafeteria Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) adalah tempat lepak terbaik bagi pelajar-pelajar di institusi itu.

Dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk televisyen (TV), Astro dan wifi membuatkan kafeteria itu sentiasa menjadi tumpuan. Sambil berehat selepas penat mengulang kaji pelajaran atau pulang dari kuliah, tempat itu menyajikan makanan dan minuman dengan harga berpatutan.

Sentiasa menjadi tumpuan termasuk kawasan luar kafe yang turut dilengkapi kemudahan kerusi dan wifi.

Pelajar, Muhammad Firdaus Abdul Ghani, 19, berkata, Kafeteria itu tempat paling popular untuknya dan rakan-rakannya melepak atau menghabiskan masa lapang.

FIRDAUS
FIRDAUS
“Biasa kalau bertemu kawan-kawan memang di situlah dan biasanya kafeteria PSMZA dipenuhi pelajar. Bukan sahaja tempat melepaskan tekanan tetapi di situ ada sedikit hiburan untuk kami. Di kafeteria ada TV dan Astro serta hanya di sini sahaja kami dapat berhibur sekali-sekala atau mendapat informasi terkini. Kemudahan wifi yang disediakan juga memudahkan kami sebagai pelajar untuk mencari maklumat di internet.”

Lokasi strategik dan selesa

Rakannya, Nik Muhammad Izad Ibrahim, 19, berkata, walau berada di dalam kampus tetapi reka letak yang strategik membuatkan pelajar selesa berada di situ.

NIK MUHAMMAD IZAD
NIK MUHAMMAD IZAD
“Satu ruang di kafe ini menampakkan pemandangan di luar dan kami boleh melihat padang hoki yang luas sambil mengambil angin. Biasanya kami melepak ketika waktu makan dan juga selepas Isyak tetapi bukan lepak kosong kerana pelbagai perkara dibualkan.”

Seorang lagi pelajar, Mohd Syafiq Rusle, 21, turut menyokong pandangan sahabat-sahabatnya yang mengatakan kafeteria PSMZA memang sentiasa menjadi tumpuan.

MOHD SYAFIQ
MOHD SYAFIQ
“Kami boleh bersantai-santai berbual dan makanan yang disediakan juga memenuhi cita rasa. Selain kafe, tempat yang sering kami berkumpul ialah di Pusat Islam dan perpustakaan. Kalau melepak tidak tentu hala di kawasan luar politeknik memang tidak pernah.”

Kafeteria tersebut berada dalam kawasan kampus PSMZA yang mempunyai seramai hampir 4000 pelajar. Institusi pengajian tinggi itu dibina pada 2001 di atas tapak seluas 100 hektar di kaki Bukit Bauk, Dungun.

Ruang legar yang sentiasa bersih memberi keselesaan serta menjadi antara sebab kafe PSMZA menjadi tempat paling popular untuk pelajar bersantai dan berkumpul.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...