> > The Falling Walls Lab...saintis dan penyelidik IPTA kena rebut peluang tunjuk bakat di sini!
The Falling Walls Lab...saintis dan penyelidik IPTA kena rebut peluang tunjuk bakat di sini!
GOKINA MORGANAN Khamis | 8 Mac 2018

Para saintis dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), agensi kerajaan dan swasta dipelawa menyertai pertandingan ‘The Falling Walls Lab’, di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Aimst Universiti).

Naib Canselornya, Profesor Dr M Ravichandran berkata, pertandingan kali kedua dianjurkan itu bertujuan menyediakan landasan terbaik kepada saintis dan penyelidik tempatan membentangkan hasil penyelidikan dan reka cipta masing-masing.

RAVICHANDRAN
RAVICHANDRAN

“Untuk merebut peluang keemasan itu, Aimst Universiti mengalu-alukan penyertaan saintis dan penyelidik untuk menyertai pertandingan yang berlangsung pada 18 Ogos ini,” katanya.

Ravichandran berkata, penyelidik yang berminat boleh menghantar penyertaan secara online sebelum 20 Jun, dengan melayari www.falling-walls.com/lab.

“Penyertaan turut dibuka kepada peserta dari luar negara seperti Singapura, Macau, Indonesia dan Iraq. Setiap penyertaan dihantar ke institusi pengajian untuk saringan terlebih dahulu, peserta terpilih akan diberi peluang selama tiga minit membentangkan kertas kerja,” katanya.

Menurutnya, pembentangan reka cipta atau inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk prosiri atau sampel komersial, artikel yang dikeluarkan, prototaip, model, pelan, lukisan, gambar atau teks.

The Falling Walls Lab peluang penyelidik tempatan menyinar di peringkat antarabangsa.
The Falling Walls Lab peluang penyelidik tempatan menyinar di peringkat antarabangsa.

Ravichandran berkata, peserta terpilih juga perlu membentangkan kertas kerja penyelidikan atau inovasi masing-masing kepada panel Akademi Sains Malaysia (ASM) bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, sebelum mara ke pertandingan peringkat antarabangsa.

Menurutnya, juara pertandingan inovasi ‘The Falling Walls Lab Malaysia’ ini akan ke pusingan akhir International Falling Walls Lab yang akan diadakan di Berlin, Jerman, 8 November ini.

“Kos akan dibiayai sepenuhnya oleh penganjur. Pemenang utama pula berpeluang menyertai Persidangan Antarabangsa Falling Walls pada hari berikutnya,” katanya.

Dua wakil dari Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas Berlin, tahun lalu.
Dua wakil dari Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas Berlin, tahun lalu.

Menurutnya, persidangan itu akan menampilkan saintis terkemuka dari seluruh dunia yang membentangkan penyelidikan selama lima minit.

“Wakil Malaysia juga diberi peluang berkongsi pentas sama bagi membentangkan kertas kerja penyelidikannya di hadapan lebih 800 hadirin,” katanya.

Tambahnya, penyertaan Malaysia ke International Falling Walls adalah satu pengiktirafan kepada negara dan Aimst Universiti.

“Ini merupakan usaha yang positif dalam bidang penyelidikan dan inovasi reka cipta negara agar setanding di peringkat antarabangsa,” katanya.

INFO

Pemenang akan ke pusingan akhir yang diadakan di Berlin, Jerman pada 8 November nanti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...