> KONVO > 888 graduan berjaya dilahirkan pada Konvokesyen PSA
888 graduan berjaya dilahirkan pada Konvokesyen PSA
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 9 Mac 2018

SHAH ALAM - Majlis Konvokesyen kali ke-20 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) , Shah Alam berjaya melahirkan seramai 888 graduan yang terdiri daripada lulusan ijazah, diploma dan sijil.

Konvokesyen yang diadakan di Dewan Al-Jazari, pada 10 Februari lalu dilaksanakan secara dua sesi iaitu pagi dan petang.

Graduan terdiri daripada 244 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, 234 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 205 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 205 graduan dari Jabatan Perdagangan.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, graduan program Ijazah adalah seramai 29 orang.

Pada masa sama, PSA sekali lagi mengukir sejarah kerana berjaya meraikan seramai 26 graduan sulung bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik ( Elektronik Perubatan) dengan Kepujian selain daripada graduan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan kepujian seramai tiga orang.

Graduan Diploma pula adalah seramai 849 orang manakala graduan program sijil seramai 10 orang, yang terdiri daripada golongan OKU, pekak dan bisu.

Dalam majlis ini juga turut disampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan, Anugerah Pengarah Politeknik dan Anugerah Projek Terbaik. PSA telah memberi penghormatan kepada dua ikon untuk menyampaikan sijil kepada para graduan iaitu Ketua Pengarah, Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Othman Mohamad.

Selain pelajar dan ibubapa yang hadir ke Majlis Konvokesyen PSA kali ini, majlis turut diserikan dengan kehadiran pihak industri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Sebagai makluman, PSA telah berjaya melahirkan seramai 34,772 graduan semenjak penubuhan PSA pada tahun 1997 hingga kini.

PSA juga berjaya mencapai peratus Kebolehpasaran Graduan (GE) sebanyak 98.7 peratus.

Penerima Anugerah Pengarah Politeknik Iskandar Zulkarnain bin Adamulhasza (tengah) bersama kedua ibubapanya (kanan) bergambar bersama Prof. Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.
Penerima Anugerah Pengarah Politeknik Iskandar Zulkarnain bin Adamulhasza (tengah) bersama kedua ibubapanya (kanan) bergambar bersama Prof. Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...