> > Merintis ilmu secara konstruktif abad ke-21
Merintis ilmu secara konstruktif abad ke-21
DR. MOHAN Isnin | 12 Mac 2018

Sering kali tahap perlaksanaan sistem pendidikan di Malaysia menjadi persoalan kepada para ilmuwan dan masyarakat umum. Sistem pendidikan di Malaysia pada amnya dilihat masih berada pada tahap yang rendah berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara. Tanggapan ini mungkin disebabkan cara pengajaran dan pembelajaran berbentuk konvensional yang diamalkan di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan. Pencapaian seseorang pelajar dikenal pasti hanya dengan keputusan peperiksaan dan perolehan ilmu serta idea daripada guru.

Menurut Brooks & Brooks, perlaksanaan pembelajaran konvensional adalah berasaskan kepada tujuan pembelajaran untuk mendapatkan pengetahuan secara statik. Pembelajaran dilihat sebagai proses 'meniru' dan pelajar dituntut mengungkapkan kembali pengetahuan yang sudah dipelajari secara hafalan. Pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru untuk mendapatkan nota dan informasi. Berasaskan perkembangan ini, mungkin sistem pendidikan negara kita dianggap masih lemah. Oleh sebab itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah cuba mengubah persepsi masyarakat setempat mengenai sistem pendidikan negara ini dengan memperkenalkan pendidikan berpusatkan pelajar melalui Program Asasi Pengurusan.

Pusat Asasi ini banyak membantu lepasan SPM untuk meningkatkan kemahiran dan sikap berdikari.
Pusat Asasi ini banyak membantu lepasan SPM untuk meningkatkan kemahiran dan sikap berdikari.

Program Asasi Pengurusan ditawarkan UUM pada 2014 selepas mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengambilan pelajar pertama bagi kemasukan Sesi 2014/2015 diuruskan Pusat Asasi Pengurusan (PAP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Akademik, UUM.

Pada 18 Jun 2014, kumpulan pertama seramai 100 orang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 80 orang pelajar perempuan telah memulakan sesi pembelajaran di PAP, UUM. Kebanyakan pelajar adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diberi bimbingan oleh pensyarah-pensyarah UUM berpengalaman dan berkemahiran dalam pembentukan modal insan dinamik dan inovatif.

Di PAP UUM, terdapat dua aspek diberi penekanan untuk mengamalkan sistem pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu kurikulum dan aktiviti luaran. Kurikulum yang diajar juga berbeza dengan sistem pembelajaran di peringkat sekolah. Subjek seperti Critical Thinking diajar untuk menggalakkan pelajar berfikiran kritis. Bagi menguji pengetahuan am dan pengetahuan baru, General Studies ditawarkan. Malah terdapat banyak lagi subjek diajar untuk meningkatkan kemahiran dan sikap berdikari pelajar di samping mendalami ilmu insaniah dalam kurikulum termasuk Islamic Studies, Information Computer Technology dan Introduction to Law.

Apa yang menjadi keistimewaannya adalah semua subjek diajar adalah berpusatkan pelajar dengan mengamalkan pendekatan konstruktif. Pelajar perlu membina konsep atau pengetahuan baru dari isu yang dipelajari. Pensyarah menjadi penunjuk-ajar atau fasilitator dalam subjek-subjek diajar. Pengajaran disampaikan dengan mengaplikasikan pelbagai strategi yang melibatkan pelajar.

Maklumat baru yang diperoleh pelajar disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada perolehan ilmu baru. Pelajar didedahkan dengan aktiviti kompleks seperti membuat perhubungan, refleksi, berfikir secara kritis dan menjawab soalan, menghuraikan isi pelajaran, berbincang, berinkuiri, menyelesaikan masalah, merekonstruksi, menganalisis mensintesiskan idea dengan memperoleh domain baru dalam pemikiran.

Pembelajaran aksiomatik

Pembelajaran abad ke-21 ini telah merangka jalan untuk mencapai aspirasi Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). Cara perlaksanaan pembelajaran ini juga serasi dengan teori Vygotsky yang menerangkan bahawa terdapat Zon Pembangunan Proksimal (ZPD) di mana pensyarah memberi tunjuk-ajar sehingga pelajar memahami konsep dan mendapatkan skema pemikiran yang kritis dan matang. Selepas menguasai pelbagai bentuk gerak refleks, kepekaan indera dan perilaku psikomotor, pelajar boleh berdikari dan berani menghadapi cabaran hidup.

Menurut Pengarah PAP UUM, Prof Dr. Abdul Razak Yaakub, pelajar Asasi Pengurusan merupakan aset penting UUM untuk memenuhi aspirasi anjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 kerana mereka mempunyai kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dan bakal menjadi pemimpin yang dapat bersaing di peringkat global. Pensyarah PAP juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luar universiti.

Visi PAP adalah sinonim dengan misi UUM iaitu melahirkan pelajar cemerlang.
Visi PAP adalah sinonim dengan misi UUM iaitu melahirkan pelajar cemerlang.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak juga telah menjelaskan bahawa visi Pusat Asasi Pengurusan adalah sinonim dengan misi UUM iaitu melahirkan pelajar cemerlang peringkat universiti, pemimpin berperwatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global dan berdaya saing di peringkat Sarjana Muda.

Penerapan pendekatan konstruktif di PAP terbukti apabila banyak projek pendidikan telah dijalankan pelajar pusat asasi sendiri di dalam kelas atau di luar kelas. Pensyarah hanya menggalak pelajar agar menggunakan kemahiran dan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah pembelajaran (Problem Base Learning). Di bawah strategi pemusatan pelajar, kemahiran insaniah menjadi satu ciri pembelajaran aksiomatik yang membantu pelajar pusat asasi menjadi lebih matang dan merealisasikan pembelajaran dengan kehidupan harian.

Dari aspek aktiviti luar, pelajar Pusat Asasi juga mengamalkan pendekatan konstruktif abad ke-21 dengan merancang, membincang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek berbentuk dinamik pada usia begitu muda. Misalnya pada 2017 sahaja, pelajar PAP telah mengadakan Teater Muzikal Islamik Sesat. Bukan mudah untuk menganjurkan satu teater muzikal untuk ditonton orang ramai. Dalam program muzikal ini juga, pelajar pusat ini membentuk kumpulan kugiran. Program yang melibatkan orang ramai, sekolah, institusi pendidikan dan peringkat negara juga telah dianjurkan dengan begitu berani oleh pelajar Pusat Asasi.

Program Run For Hope membuktikan bahawa pengutipan dana untuk menganjurkan sesuatu program bukan semudah difikirkan. Exco Multimedia PAP, Kogulan M berkata, untuk mempromosi program ini sahaja telah mengambil beberapa minggu untuk ahli jawatankuasa merancangnya.

Manakala Presiden Exco PAP, Daniel Mohammad Ismail berpendapat galakan dan tunjuk ajar serta kepercayaan diberikan pensyarah Pusat Asasi membolehkan pelajar-pelajar mengadaptasi, menggunakan proses akomodasi, mentransformasikan kognitif pelajar ke tahap lebih tinggi tanpa bergantung kepada orang lain.

Laluan ini menjanjikan pelajar Asasi Pengurusan merupakan aset penting UUM.
Laluan ini menjanjikan pelajar Asasi Pengurusan merupakan aset penting UUM.

Dalam gelombang ke-3 anjakan transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, matlamat kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian lebih tinggi di pusat pengajian. UUM berpegang teguh kepada amanat kementerian tersebut untuk melakukan transformasi pendidikan secara konstruktif abad ke-21. Setiap inisiatif yang dilakukan PAP UUM adalah penting dan sangat bermakna supaya sistem pendidikan di negara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

*Dr. Mohan merupakan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...