> AKTIVITI PENSYARAH > Demi timbulkan minat pelajar generasi baru, pensyarah ini buat Jelajah Cinta Ilmu Q-STEM-A dengan kaitkan Sains, Matematik dengan al-Quran
Demi timbulkan minat pelajar generasi baru, pensyarah ini buat Jelajah Cinta Ilmu Q-STEM-A dengan kaitkan Sains, Matematik dengan al-Quran
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 16 Mac 2018

Al-Quran yang telah diturunkan ALLAH sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW untuk umat manusia sepanjang zaman, mencakupi ilmu semua bidang termasuk sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian.

Generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkatkan ketaatan kepada-Nya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa rabun ghafur ertinya “negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!”

Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’e dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.

Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan. Islam memperkenalkan konsep sains teknologi dan kejuruteraan berasaskan kajian dan penemuan untuk mencari makna kebenaran hakiki tentang kewujudan ALLAH SWT dan kehebatan kekuasaan-Nya. Ia bertujuan melahirkan para sainstis teknokrat dan jurutera muslim yang beriman dan berakhlak. Islam mementingkan kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang seiring dengan pembentukkan akhlak yang mulia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga telah merangka pelbagai usaha untuk membudayakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan rakyat Malaysia. Inisiatif ini adalah selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2013.

Untuk menjadi negara maju, kita memerlukan 60 peratus pelajar dalam bidang STEM kerana bidang-bidang tersebut yang akan melonjakkan ekonomi negara seperti inovasi dalam bidang kejuruteraan dan sains termasuk alam sekitar. Ketika ini nisbah pelajar yang mengikut pengajian dalam bidang ini sangat minima sedangkan negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara. Bagi meningkatkan minat pelajar untuk memilih bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai karier masa depan.

Bagi pengasas Q-STEM-A (al-Quran – Sains, Teknologi. Kejuruteraan & Matematik – Seni), Muhammad Nazir Mohammed Khalid yang juga Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar & Sumber), Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat, Universiti Selangor (UNISEL) berkata program ini dapat menimbulkan minat pelajar generasi baharu untuk mempelajari al-Quran, STEM dan Seni.

newq8
MUHAMMAD NAZIR (kiri)

"Sebagai Muslim dan juga individu dalam kepakaran bidang Kejuruteraan, saya berasakan perlu untuk menjayakan usaha murni ini. Kerana itulah saya bersama rakan seperjuangan, Sahrul Izwan Sarwadi dan Zahirrudin Idris turun padang ke sekolah-sekolah, masjid dan IPT melalui projek Jelajah Cinta Ilmu Q-STEM-A.

Bagi suku pertama untuk tahun 2018, Jelajah ini telah sampai ke Malaysia Timur iaitu negeri Sarawak dan Sabah. Empat tempat telah diadakan sesi ceramah Q-STEM-A iaitu Politeknik Kuching Sarawak, SM Sains Kuching, SM Sains Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu," katanya.

newq2
Bersama tenaga pengajar serta pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Objektif utama Projek Jelajah Cinta Ilmu Q-STEM-A ini adalah untuk mencetus dan menimbulkan minat pelajar generasi baru untuk mempelajari Al-Quran dan STEM melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan projek, aktiviti yang multi-disiplin dan pembelajaran melalui inkuiri. Selain itu projek ini juga bertujuan menyediakan suasana pembelajaran STEM yang menyeronokkan serta mencungkil bakat generasi baru yang terpendam dalam diri pelajar.

Bukan itu sahaja, projek ini turut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran proses STEM, kemahiran abad ke-21, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran penyelidikan pelajar-pelajar, selain meluaskan pandangan pelajar tentang aplikasi sains dalam kehidupan dan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Ia juga turut meningkatkan keterlibatan ibubapa pelajar sekolah melalui beberapa aktiviti bagi tujuan meningkatkan peranan ibubapa.

newq3
Bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching, Sarawak.

Kata Muhammad Nazir lagi, “Jelajah ini dilancarkan bertujuan memberi pengetahuan dan membuka kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan untuk mereka menguasai pembelajaran al-Quran, Sains dan Matematik di sekolah.

Program ini dapat meluaskan pandangan pelajar mengenai aplikasi sains dalam kehidupan dan kerjaya bidang sains dan teknologi tanpa meninggalkan al-Quran," katanya lagi.

Tidak kira apa pun pilihan kerjaya mereka, beliau percaya anak-anak muda perlukan pemahaman jelas mengenai al-Quran dan STEM agar terus maju bersama teknologi yang sentiasa berubah sama ada di tempat kerja tempatan mahupun antarabangsa.

Berikut antara maklumbalas yang diterima hasil penjelajahan projek Jelajah Cinta Ilmu Q-STEM-A.

Cikgu Mahram DM, Guru Kaunselor SM Sains Kuching Sarawak

“Pencerahan yang mengaitkan sains & al-Quran serta sunnah, adalah sesuatu perkara yang menarik agar kita dapat melahirkan saintis muslim yang kukuh imannya”.

-

Puan Dzatiah, Ketua Kursus Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak

“Pelajar sangat teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan Q-STEM. Kebanyakan pelajar baru menyedari bahaea STEM ini telah diterokai oleh cendakiawan Islam sejak dahulu lagi”.

-

Cikgu Hairi, Guru Kaunselor SM Sains Sabah

“Pengisian STEM dan al-Quran serta dikaitkan dengan pembelajaran dalam kelas menjadikan program ini lebih memberi impak dan ilmu baru kepada para pelajar”.

-

Puan Qamariah, Ketua Kursus Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu

"Ceramah ini sangat bagus dan bermanfaat kepada semua pensyarah dan pelajar. Tambahan lagi kami pensyarah yang mengajar subjek Sains Teknologi & Kejuruteraan dalam Islam yang tiada latarbelakang dalam bidang sains kejuruteraan. Ceramah ini sangat membantu untuk mengembangkan idea-idea untuk dicurahkan kepada para pelajar. Ia juga boleh membuka mata umat Islam kerana dikaitkan dengan al-Quran."

newq7
Sesi ceramah bersama tenaga pengajar dan pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

newq6
Bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

newq4
Sesi ceramah bersama guru dan pelajar SM Sains Sabah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...