> > Para penyelidik USIM  diraikan sempena Top 100 Researchers
Para penyelidik USIM  diraikan sempena Top 100 Researchers
NORHAIDA ABD SHUKOR, USIM  Selasa | 15 Mei 2018

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) menganjurkan Majlis Penghargaan Usim Top 100 Researchers (2013-2017) bagi meraikan peranan dan pencapaian cemerlang yang dipamerkan oleh para penyelidik Usim dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Bertempat di Dewan Serbaguna, Kolej Permata Insan majlis penghargaan ini juga sebagai pemangkin kepada para penyelidik Usim untuk terus mencapai kecemerlangan di masa akan datang bagi memperkasakan pembudayaan penyelidikan dan inovasi di universiti.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),Prof. Datuk Dr Roshada Hashim dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah Usim Top 100 Researchers 2013-2017 di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam bidang penyelidikan masing-masing.

2
Prof. Datuk Dr Roshada Hashim

”Pencapaian dalam penyelidikan yang ada sekarang merupakan asas yang kukuh untuk kita terus bergerak ke hadapan dengan lebih cepat ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah universiti yang lebih berfokus dan berkualiti dalam menghasilkan karya penyelidikan.

”Kejayaan yang lebih cemerlang boleh dicapai sekiranya para penyelidik mengekalkan iltizam untuk mencapai sasaran seperti yang telah digariskan dalam pelan strategik universiti. Dengan kekuatan dan bilangan pensyarah sedia ada, disokong oleh prasarana penyelidikan, kita mampu untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan penyelidikan di Usim,” katanya.

Timbalan Pengarah PPPI, Dr. Khatijah Othman, selaku wakil penganjur melihat bahawa program seperti ini sangat penting kerana ianya menjadi tanda aras kejayaan seseorang ahli akademik itu terhadap kerja-kerja penyelidikan dan inovasi yang telah dijalankan selama mereka berkecimpung di dalam dunia akademik.

Katanya lagi, ia merupakan pengiktirafan terhadap pemikiran intelektual dalam melahirkan idea-idea dan karya akademik dalam bentuk penulisan dan inovasi yang mana ianya memberi satu impak besar dalam pencapaian keseluruhan prestasi universiti.

”Diharapkan dengan adanya majlis yang sebegini, ahli akademik akan lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Semoga ianya bukan sahaja dapat membuahkan kejayaan kepada individu tersebut sahaja, bahkan melonjakkan kejayaan secara keseluruhan kepada universiti, iaitu Usim sebagai sebuah institusi pengajian Islam yang dihormati dan dikenali di peringkat serantau,” ujarnya lagi.

3
Para penyelidik hadir tanda memberi sokongan kepada penganjuran majlis penghargaan tersebut.

Dalam memberi pengiktirafan kepada pencapaian penyelidik di Usim, di peringkat awal pihak PPPI telah menyenaraikan Usim Top 100 Researchers yang terdiri daripada para penyelidik yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan kepada pencapaian lima tahun terkini penyelidikan dari tahun 2013 sehingga 2017. Selain itu, pemilihan tersebut juga berdasarkan kepada prestasi penyelidikan dan inovasi kakitangan akademik dengan mengambil kira maklumat daripada penyelidik utama aktif, penerbitan buku, jurnal dan inovasi.

1
Para penyelidik bergambar bersama atas penganjuran yang pertama kali diadakan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...