> KONVO > 78 graduan pertama PTSN dirai
78 graduan pertama PTSN dirai
NUR ALINA HASSAN Isnin | 19 Mac 2018

PAGOH (18 Mac) - Seramai 78 graduan dari Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) mendapat pengalaman berharga apabila julung kali diraikan dalam Konvokesyen Pertama PTSN. Acara gilang-gemilang itu membabitkan bekas penuntut PTSN dari dua aliran iaitu Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan (JTKM) serta Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK).

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata, Diploma Teknologi Makanan di PTSN diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala program-program lain sedang dalam proses ke arah pengiktirafan tersebut.

“Akreditasi MQA ialah pentakrifan kelayakan yang diberikan kepada sesuatu program yang dikira telah menepati piawaian standard kualiti digariskan selari dengan sistem keberkesanan pembelajaran dari segi teori mahupun praktikal yang diwajibkan di Malaysia.

“Oleh itu, ibu bapa tidak perlu gusar pengiktirafan program di PTSN yang dijamin pengiktirafan termasuk kursus-kursus lain yang bakal diiktiraf MQA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena merasmikan Majlis Konvokesyen Pertama PTSN di Dewan Konvensyen Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, pada Ahad yang turut dihadiri Pengarah PTSN, Abd Razak Senan.

Menurutnya, pada masa sama, mutu program pendidikan yang unggul serta pengurusan institusi di PTSN turut dalam proses ke arah mempunyai persijilan Sirim.

“Saya percaya PTSN susun berbagai aktiviti yang boleh menjadikan para pelajar individu yang berilmu. Saya gesa graduan PTNS guna ilmu yang telah diperoleh untuk menjana ekonomi dan pembangunan negara,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...